awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
Cuaca panas: Paras air empangan di Johor masih terkawal - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pensyarah UiTM dijumpai dalam bilik fakulti yang berkunci

Bernama
Bernama
08/10/2016
13:31 MYT
Mayat pensyarah UiTM dijumpai dalam bilik fakulti yang berkunci
Prof Madya Dr Zaini Hamzah, 61, ditemui dalam keadaan terbaring dengan di bilik ekat Fakulti Sains Gunaan. - Foto sumber thahersite.blogspot.my
Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, dijumpai mati di dalam bilik Fakulti Sains Gunaan universiti itu, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian 2.30 pagi, mangsa, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, 61, ditemui dalam keadaan terbaring dengan pintu bilik itu berkunci.
"Polis bantuan (universiti) mendapat maklumat daripada pihak universiti terdapat pensyarah yang terperangkap dalam bilik itu dan anggota (polis) bertugas telah pergi ke lokasi kejadian dan dapati bilik tersebut berkunci.
"Anggota kemudian memecah masuk melalui syiling dan telah menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafien berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan awal menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan sakit jantung.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said menyifatkan Zaini sebagai seorang pensyarah yang berdedikasi dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada universiti itu dan dunia pendidikan.
"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya dalam kenyataan di sini.
Topic Berkaitan
#bilik fakulti
#mayat UiTM
#Zaini Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan