Polis menemui satu mayat yang dibalut dengan karpet, dipercayai lelaki, di lereng bukit kawasan hutan berdekatan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Lah, Chenderiang, di sini, pada Selasa.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu, dijumpai selepas polis menerima maklumat orang awam mengenai bau busuk dari kawasan berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemeriksaan mendapati keadaan mayat yang masih berpakaian itu hampir reput dan dibalut dengan karpet berwarna merah.
Menurutnya, bahagian kepala mayat itu hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan pula masih berisi, namun telah berulat.
“Mayat itu disyaki lelaki, dianggarkan berumur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun tetapi tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat atau kawasan sekitar,” katanya di sini pada Rabu.
Menurut Wan Azharuddin, mayat dijumpai di kawasan hutan kebun sawit yang tidak diusahakan yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama.
Tambahnya, tiada sebarang penempatan atau rumah kongsi di kawasan sekitar.
“Jalan ke tempat di mana mayat dijumpai juga hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki kerana keadaan laluan yang berbukit,” ujarnya.
Mayat dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat yang dijadualkan pada Khamis.
Abd Razak Mohd Ali
Wed May 01 2019
Menurut polis, bahagian kepala mayat itu hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan pula masih berisi, namun telah berulat.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Enam termasuk lima beradik didakwa edar dadah 37.2kg di Tapah
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar methamphetamine seberat 37.2kg di Lot 11878, Mukim Chenderiang pada jam 9.15 pagi, 4 November lalu.
Mayat reput ditemui dalam gulungan karpet merah
Polis menemui satu mayat yang dibalut dengan karpet, dipercayai lelaki, di lereng bukit kawasan hutan berdekatan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Lah.
Protes senyap di kerusi Parlimen Tanjung Malim
Protes dalaman secara senyap kini berlaku di Tanjung Malim lantaran penyandang bagi kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN).