NATIONAL
'Mayat seorang wanita berkulit putih dalam keadaan sempurna ditemui' - Polis

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof (kanan) ketika ditemui media hari ini mengenai penemuan mayat . - fotoBERNAMA
Polis mengesahkan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu telah menemui satu mayat di lokasi pencarian.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihak polis menerima panggilan sekitar 1.57 petang tadi dari seorang individu yang menemui satu mayat di lokasi kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang.
Beliau mengesahkan "terdapat satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan sempurna ditemui."
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami