Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mayat terakhir tragedi bot terbalik di Bachok ditemui

Mayat terakhir tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
Mayat Arman ditemui sekitar 2 batu nautika dari mayat mangsa ketujuh, Che Wadi Bakar yang ditemui pagi tadi. - Gambar fail
BACHOK: Mayat kelapan dan terakhir tragedi bot terbalik pada 29 Jun lepas ditemui 40 batu nautika dari Kuala Kemasin, di sini hari ini.

Mayat Arman Ismail, 43, ditemui sekitar jam 2.20 petang tadi sebelum dibawa balik ke Jeti Pendaratan Ikan Kuala Kemasin, lewat petang ini.

Mayat Arman ditemui sekitar 2 batu nautika dari mayat mangsa ketujuh, Che Wadi Bakar yang ditemui pagi tadi.

Isterinya mangsa, Siti Ayu Ishak mengesahkan mayat suaminya berdasarkan pakaian yang dipakai sewaktu turun ke laut.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah.

Dengan penemuan mayat terakhir Arman itu, kesemua mangsa sudah ditemui dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dihentikan petang tadi.


Tag: Kota Bharu, mayat, mangsa, operasi, bot, bot terbalik, lemas, bot karam, Bachok, Kelantan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.