awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita disyaki dibunuh, disumbat dalam beg dan dibuang di longkang ditemui

Bernama
Bernama
26/08/2019
10:49 MYT
Mayat wanita disyaki dibunuh, disumbat dalam beg dan dibuang di longkang ditemui
Pasukan polis mengangkat mayat seorang wanita disyaki dibunuh di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
Mayat seorang wanita disyaki dibunuh ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian berwarna coklat dalam sebuah longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, di sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, mayat mangsa dipercayai berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditemui oleh dua pekerja syarikat telekomunikasi yang sedang memeriksa kabel bawah tanah di jalan berkenaan kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Semasa kedua-dua lelaki itu sedang membuat kerja-kerja pemeriksaan kabel, mereka terhidu bau busuk dan mengesyaki ia datang daripada sebuah beg pakaian di dalam longkang kering sedalam kira-kira 2.7 meter (sembilan kaki) di tepi jalan berkenaan.
"Seorang daripada mereka turun ke dalam longkang selebar kira-kira 2.7 meter tersebut dan terlihat ada kesan darah pada beg pakaian berkenaan dan nampak bentuk badan disyaki manusia di dalam beg yang terbuka sedikit itu. Mereka kemudiannya menghubungi polis," katanya dalam satu kenyataan.
Baharudin berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identitinya disumbat dalam beg pakaian berukuran kira-kira 43 sentimeter (cm) lebar serta 60cm panjang itu turut dibungkus kepalanya dengan plastik hitam dan disyaki mati kira-kira tiga hari lepas.
Katanya, pemeriksaan awal juga mendapati mayat berkenaan berada dalam keadaan sempurna serta tidak dikerat namun terdapat satu gelang halus berwarna kuning pada tangan mangsa berkulit cerah dan memakai baju bercorak bunga itu.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada mangsa atau di dalam beg pakaian tersebut. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baharudin turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Daniel Lee di talian 019-6820550 atau 03-55202222. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#beg pakaian
#disyaki dibunuh
#mayat wanita
#Selangor
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan