Mayat seorang lelaki warga Bangladesh dijumpai dalam keadaan kepala terputus di tapak projek pembinaan pangsapuri 20 tingkat di Alam Jaya, Jeram, dekat sini dalam insiden Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata badan lelaki berumur 29 tahun itu ditemukan tersangkut pada perancah besi di tingkat 10 dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan kepalanya di atas lantai tingkat satu bangunan separuh siap berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pekerja subkontraktor itu disyaki dibunuh berikutan terdapat kesan tetakan senjata tajam pada bahagian tengkuk yang mungkin menyebabkan kepalanya terputus daripada badan.
"Kejadian dianggarkan berlaku pada 4 petang, dan siasatan lanjut mendapati seorang lelaki berumur 32 tahun, rakan sekerja mangsa yang juga warga Bangladesh, disyaki terlibat dalam insiden itu.
"Suspek dikatakan menolak mangsa melalui tingkap di tingkat 11 tetapi mayat tersangkut di tingkat 10 manakala kepalanya jatuh di tingkat satu," kata Ruslan dalam kenyataan hari ini.
Ruslan berkata lelaki itu melarikan diri apabila menyedari rakan-rakan sekerja lain mengetahui tentang kejadian tersebut.
Beliau berkata pembunuhan itu disyaki akibat rasa cemburu suspek terhadap mangsa yang dikatakan menjadi pekerja kesayangan majikan mereka.
"Suspek diberkas awal pagi tadi di sekitar Kuala Selangor dan dia direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki itu mempunyai permit kerja yang sah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 11 2017
Siasatan awal mendapati pekerja subkontraktor itu disyaki dibunuh berikutan terdapat kesan tetakan senjata tajam pada bahagian tengkuk. - Gambar hiasan
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.
Mayat lelaki ditemui dalam parit dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, pada Rabu dipercayai dibunuh.
Mayat ditemui terapung di Sungai Desa Aman, empat ditahan
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung dalam Sungai Kinta di Taman Desa Aman, dekat sini, semalam.
Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri
Mayat seorang lelaki warga Bangladesh dijumpai dalam keadaan kepala terputus di tapak projek pembinaan pangsapuri 20 tingkat di Alam Jaya, Jeram, dekat sini dalam insiden Khamis lepas.