awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2019
04:57 MYT
Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 9 Mei lalu. - Gambar BERNAMA
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 9 Mei lalu.
Beliau yang berkhidmat bersama PDRM sejak 1979 menjalani latihan Asas Kepolisan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dengan pangkat inspektor.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu dilahirkan pada 14 Ogos 1960 di Bukit Mertajam.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Melaka pada 2008 sehingga 2009 sebelum memegang tugas Timbalan Pengarah D1 (Perancangan /Strategi) Bukit Aman.
Mazlan kemudian memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman sebelum dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 16 Mei 2016.
Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Polis Selangor selain pernah menjawat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
BACA: Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara baharu - Tun M
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan Jenaya Risikan dan Operasi
#Jabatan Siasatan Jenayah
#Ketua Polis Melaka
#Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu
#Mazlan Mansor
#Perancangan Strategi Bukit Aman
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan