awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Perak kecewa pembalakan haram berleluasa dekat Empangan Temenggor

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/08/2018
15:38 MYT
MB Perak kecewa pembalakan haram berleluasa dekat Empangan Temenggor
FAIZAL: Dalam perjalanan itu, saya ditunjukkan kawasan pembalakan yang sedang dibuat yang begitu berdekatan dengan empangan, kita boleh nampak. -Gambar fail
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini meluahkan rasa marah dengan pembalakan haram berhampiran Empangan Temenggor di Gerik.
Beliau jelas kecewa selepas melihat sendiri aktiviti pembalakan haram itu ketika dalam perjalanan melakukan lawatan mengejut ke Pos Kemar, semalam.
Menurut Ahmad Faizal, perjalanan beliau mengambil masa kira-kira satu setengah jam, dengan menaiki bot kecil yang disewanya sendiri daripada Orang Asli.
“Dalam perjalanan itu, saya ditunjukkan kawasan pembalakan yang sedang dibuat yang begitu berdekatan dengan empangan, kita boleh nampak.
“Ini tentunya adalah pembalakan haram kerana kita tahu yang Jabatan Perhutanan tidak akan meluluskan buffer zone kepada empangan iaitu lima kilometer dari empangan.
"Tak boleh ada sebarang pembalakan, tapi ini kita nampak cukup jelas dan saya nampak ada juga kawasan baharu,” katanya kepada pemberita selepas wawancara bersama Perak FM di sini, hari ini.
Ahmad Faizal berkata beliau akan berhubung dengan pihak-pihak berkenaan untuk memastikan pemantauan dan tindakan segera dapat diambil bagi menahan mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kerosakan.
Beliau juga tidak mahu kejadian yang berlaku di Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands yang menjadi cetek akibat timbunan pasir, berlaku di Empangan Temengor kerana ia menimbulkan masalah lain.
Ahmad Faizal berkata beliau turut melihat sendiri Sungai Kenyir yang dahulunya dipenuhi air, sekarang penuh dengan kelodak, pasir dan lumpur.
“Ini perkara-perkara yang perlu kita ambil perhatian segeralah, mungkin kerana kedudukannya yang jauh di pedalaman, saya fikir ramai orang tak pergi, menyebabkan tindakan serius tidak diambil, mungkin terlepas pandang juga,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Cameron Highlands
#Empangan Sultan Abu Bakar
#empangan temenggor
#Jabatan Perhutanan
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan