awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
Penjawat awam rugi RM119,000 diperdaya phone scam
Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan simpan khazanah purba Orang Sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA sentiasa dalam 'mod bertempur', siap sedia hadapi PRU15

Bernama
Bernama
11/07/2020
11:11 MYT
MCA sentiasa dalam 'mod bertempur', siap sedia hadapi PRU15
Wee Ka Siong berkata, jentera di peringkat pusat telah diarahkan untuk bersiap sedia dan menjelajah ke semua bahagian bagi tujuan itu. - Gambar fail
MCA sentiasa dalam 'mod bertempur' untuk berdepan segala kemungkinan termasuk pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, jentera di peringkat pusat telah diarahkan untuk bersiap sedia dan menjelajah ke semua bahagian bagi tujuan itu.
"Setakat ini, bagi MCA Johor, daripada 26 bahagian kita telah turun berdialog dengan 23 bahagian.
"Pada masa sama, satu pasukan peringkat pusat diketuai Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan naib-naib presiden menjelajah kesemua tempat dan untuk Zon Johor, beliau sendiri (Chong) turun dan telah melawat tujuh bahagian untuk meninjau persiapan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di sini hari ini.
Beliau berkata, satu taklimat berhubung isu nasional dan senario politik terkini selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga diberikan kepada ahli jawatankuasa MCA.
Wee berkata, persiapan menghadapi PRU perlu dilakukan segera bagi memastikan ia tidak dibuat pada saat akhir.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata, PN tidak akan berdepan masalah dalam pembahagian kerusi pada PRU15 dan pihaknya sedia berbincang mengenai perkara tersebut.
"Kita telah lalui PRU sebanyak 14 kali, telah matang dan arif dengan sistem yang ada. Apa juga perbincangan mengenai pembahagian kerusi, ia adalah di peringkat pusat.
"Kita sudah ada sistem iaitu berbincang, bermusyawarah dalam sama-sama mendukung perjuangan kita," katanya.
Beliau juga yakin PN akan menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara dalam meletak calon termasuk di kerusi tradisi yang ditandingi setiap parti komponen. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCA
#mod bertempur
#Perikatan Nasional
#pilihan raya umum
#Presiden MCA
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan