awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA tidak menentang RUU 355, tetapi menyatakan ia harus dibuat semangat perlembagaan

Bernama
Bernama
26/11/2016
23:38 MYT
MCA tidak menentang RUU 355, tetapi menyatakan ia harus dibuat semangat perlembagaan
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata terdapat salah faham mengenai pendirian MCA berhubung rang undang-undang (RUU) 355.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa partinya tidak menentang rang undang-undang (RUU) 355 persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
Kenyataan beliau itu susulan terdapat salah faham mengenai pendirian MCA berhubung perkara berkenaan.
"Saya rasa memang ada banyak salah faham mengatakan kita menentang RUU. Kita cuma mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan.
"Ini penting untuk menjaga semangat perlembagaan negara kita. Oleh itu, apabila adanya RUU yang tidak mengikuti semangat perlembagaan negara, kita berharap dapat memperbetulkannya," katanya.
Liow berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, Sabtu.
Pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, baru-baru ini, Liow yang juga Menteri Pengangkutan dilaporkan berkata MCA akan membantah RUU itu kerana disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Beliau juga berkata masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu yang dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud untuk kesalahan Islam.
Sementara itu, dalam sesi dialog bersama Persatuan-Persatuan Masyarakat Cina di sebuah restoran di sini hari ini, Liow turut memberitahu pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji secara teliti kesan-kesan pelaksanaan RUU 355, terutama kepada masyarakat bukan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#rang undang-undang (RUU) 355
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan