Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan 63 kompaun berjumlah RM2.32 juta kepada beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehingga Februari 2019.
Menurut Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin, kesemua kompaun berkenaan dikeluarkan berdasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan.
“Ia termasuk kegagalan mematuhi standard mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) dalam rangkaian dan khidmat pelanggan, pendaftaran palsu, menurunkan bahan promosi pesaing.
“Kegagalan untuk berunding dengan pelanggan dan menangani aduan pengguna serta standard lain yang digariskan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Serta kegagalan menangani permintaan pengguna untuk memindahkan nombor yang sama ke rangkaian lain,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Zulkarnain turut menyatakan sebanyak 77 kompaun berjumlah RM3 juta telah dikeluarkan kepada penyedia perkhdimatan telekomunikasi atas pelbagai kesalahan pada tahun 2018.
Zulkarnain turut memberikan amaran bahawa MCMC tidak akan berkompromi dengan mereka yang gagal mengekalkan standard yang telah ditetapkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, MSQoS dan Kod Pengguna Am.
“Kami mahu semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi memberikan perkhidmatan pelanggan yang unggul dan kami bertekad untuk memastikan mereka menawarkan perkhidmatan yang memuaskan.
“Amat penting untuk penyedia telekomunikasi ini melaksanakan proses penambahbaikan yang berterusan dalam usaha meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan, lantas mengukuhkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelanggan terhadap industri ini.
Selain itu, beliau turut menyatakan MCMC akan terus menguatkuasakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia dapat membuat pilihan dan menerima perkhidmtan di tahap yang memuaskan pada harga yang berpatutan.
Afiezy Azaman
Thu Feb 28 2019
MCMC mengeluarkan 63 kompaun berjumlah RM2.32 juta kepada beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehingga Februari 2019.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong
Keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Komunikasi & Multimedia 1998: Nilai denda antara yang diteliti - Fahmi
Ketika ini denda yang ditetapkan tidak berubah sejak akta berkenaan diwujudkan pada 1998.
MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.
MCMC gesa pembekal perkhidmatan internet patuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
MCMC ambil tindakan tegas berkenaan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi.
Pindaan dua akta berkaitan komunikasi bolehkan isu 3R ditangani - Fahmi
Ia memandangkan banyak perkara dalam akta-akta yang diperkenalkan sejak 1998 itu perlu dikemas kini dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa yang telah jauh berubah.
Penyelia kilang muat naik video lucah didenda RM16,000
Perbuatan Ahmad Tarmizi dilihat pengadu di sebuah rumah di Padang Sena, Kuala Terengganu, pada 12 tengah malam, 11 Mei 2017.
Pengasas Refuge for the Refugees didakwa buat komunikasi jelik di Facebook
Pengasas NGO Refuge for the Refugees hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di FB miliknya.
MCMC akan kawal selia, pantau DNB
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengawal selia serta memantau Digital Nasional Berhad (DNB) menerusi peruntukan yang berkaitan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
Kerajaan digesa agak bertindak tegas dalam menyelesaikan masalah cetak rompak yang telah menyebabkan ramai penerbit filem, drama dan muzik menanggung kerugian.
MCMC terus pantau sebaran maklumat palsu di media sosial
Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.