awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC, PDRM siasat video warga asing diberi kad pengenalan

Bernama
Bernama
01/02/2018
20:29 MYT
MCMC, PDRM siasat video warga asing diberi kad pengenalan
Video berdurasi 2:38 minit itu dipercayai sebuah video lama yang mula tular sejak 23 Jan lalu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkenaan satu video warga asing diberi kad pengenalan yang tular dalam media sosial.
Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Dr Mazlan Ismail berkata pihaknya telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut.
"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang menyebarkannya dengan bantuan pihak PDRM.
"MCMC memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata seseorang yang membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya.
Video berdurasi 2:38 minit itu dipercayai sebuah video lama yang mula tular sejak 23 Jan lalu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad pengenalan
#Malaysia
#MCMC
#Media
#media sosial
#operasi
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
#undang-undang
#video
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan