Tutup

MCMC rampas 58 kelengkapan komunikasi tidak diperakui

MCMC rampas 58 kelengkapan komunikasi tidak diperakui
Orang ramai turut diingatkan supaya membeli dan menggunakan kelengkapan komunikasi yang memaparkan label MCMC sahaja.
KUALA LUMPUR: Sejumlah 58 kelengkapan komunikasi tidak diperakui dirampas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas MCMC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, rampasan berkenaan hasil beberapa serbuan yang dijalankan di 12 lokasi berbeza di empat negeri - Kuala Lumpur, Kedah, Perak dan Pulau Pinang antara Julai hingga awal Oktober tahun ini.
Antara kelengkapan komunikasi yang dirampas adalah antena, signal booster dan repeater, sistem pemancar TV tanpa wayar, penghantar AV, kotak TV Android, walkie talkie dan RF Repeater.

"Kes-kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan  hukuman  denda  maksimum  RM100,000  atau  penjara maksimum enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC lagi, pihaknya memandang serius pemilikan atau penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui. 

"Ketegasan MCMC dalam membanteras pemilikan atau penjualan kelengkapan komunikasi tidak standard terserlah apabila sebanyak 19 kes membabitkan 66 pertuduhan telah dibawa ke muka pengadilan bagi tempoh antara Januari hingga September 2019 yang mana nilai denda dikenakan berjumlah RM432,000.

"Sepanjang tahun 2018 pula, sebanyak10 kes membabitkan 15 pertuduhan dibawa ke mahkamah. Kesemua pertuduhan disabitkan kesalahan dengan jumlah denda sebanyak RM55,500," menurut kenyataan lagi.

MCMC turut mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti sedemikian untuk melaporkan kes.

Orang ramai turut diingatkan supaya membeli dan menggunakan kelengkapan komunikasi yang memaparkan label MCMC sahaja.

Mereka juga disarankan manfaatkan aplikasi mudah alih Check Your Label atau layari laman sesawang https://ecomm.sirim.my bagi memastikan kelengkapan komunikasi yang digunakan adalah sah dan diperakui.


Tag: penjara, PDRM, Polis Diraja Malaysia, MCMC, Kuala Lumpur, Kedah, polis, Malaysia, Nilai, Android



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.