Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mensasarkan enam lagi syarikat anchor (induk) baharu dilahirkan dari Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP) yang bermula hari ini sehingga esok (Rabu, 13 Nov).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Dr. Mohd. Hatta Md Ramli berkata, ia sekali gus merangsang polisi pembangunan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) yang melibatkan sumbangan sehingga 50 peratus kepada perolehan kerajaan.
"Dari segi pembangunan ini kita bergantung kepada anchor baharu, ada enam anchor baharu yang akan terlibat dan dimasukkan.
"Kita akan bergantung kepada anchor ini setiap anchor ini akan ada vendornya yang ditambah. Kita juga akan tentukan target untuk menambah lagi syarikat ini," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Program Perkongsian Inovasi Vendor (Vendor Innovation Partnership Programme (VIPP)) di sini, pada Selasa.
Pada majlis itu juga Dr. Mohd. Hatta turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SME Bank dan Celcom Axiata Berhad yang mengiktiraf SME Bank sebagai institusi pembiayaan utama yang menyokong Program Pembangunan Vendor Celcom Axiata 2.0.
MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail.
Dalam pada itu jelas Dr. Hata, Program Pembangunan Vendor (PPV) MED menggalakkan vendor-vendor untuk menerokai industri berpertumbuhan tinggi, meningkatkan bekalan perkhidmatan dan produk secara rentas industri dan menembusi pasaran yang baharu.
"Setakat ini, sebanyak 21 syarikat anchor dan 1,228 syarikat vendor berada di bawah PPV MED.
"Melalui VIP2 ini, MED berharap ianya dapat menarik lebih banyak penyertaan syarikat anchor dan vendor dari pelbagai industri untuk memperkasakan PPV sebagai salah satu platform pembangunan keusahawanan selaras dengan aspirasi DKN 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," ujarnya.
Penganjuran VIPP menampilkan beberapa segmen menarik seperti sesi perkongsian amalan terbaik perniagaan dan teknologi terkini IR 4.0 oleh 21 ikon usahawan dalam dan luar negara serta klinik kewangan.
Program ini turut mempamerkan 16 pavilion oleh syarikat anchor dan potential anchor serta 12 booth pameran oleh agensi teknikal dan institusi kewangan.
Program VIPP mensasarkan kehadiran 5,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya.
Selain itu, 500 sesi padanan perniagaan telah diaturkan bagi memberi peluang kepada vendor untuk meneroka peluang perniagaan baharu serta mengembangkan perniagaan ke sektor yang lain bagi meningkatkan kebolehupayaan syarikat khususnya dalam industri berimpak tinggi.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 12 2019
Hatta berkata, ia sekali gus merangsang polisi pembangunan PKS yang melibatkan sumbangan sehingga 50 peratus kepada perolehan kerajaan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
MED sasar enam syarikat induk baharu pada VIPP
Ia sekali gus merangsang polisi pembangunan PKS yang melibatkan sumbangan sehingga 50 peratus kepada perolehan kerajaan.