Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever Jalan Sihat, Ferry Murshidan Bardan.
Katanya, media perlu bijak menangani setiap isu dan perlu pantas menyejuk dan mententeramkan sesuatu isu agar tidak berpanjangan.
"Peri pentingnya peranan media itu bila berlaku isu antara dua negara, misalnya isu bendera yang dicetak terbalik pada temasya Sukan SEA baru-baru ini, seolah-olah ada perseteruan yang kuat antara Malaysia dan Indonesa, padahal tiada apa-apa, jadi di sini media perlu strategis dalam menanganinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.
Delegasi 21 orang itu turut disertai Setiausaha Kerja Ikatan Setia Kawan Wartawan Indonesia Malaysia (Iswami), Sabaruddin Ahmad Sabri.
Ferry yang juga mantan menteri Agraria dan Tata Ruang Indonesia berkata dengan perkembangan teknologi terkini menjadi satu kelebihan kepada media untuk memastikan kesahihan suatu informasi dan menyiarkannya dalam masa yang pantas kepada khalayak.
Beliau turut memuji Bernama yang mengambil inisiatif menerbitkan rancangan khusus berbentuk kerjasama dua negara iaitu Khabar Merah Putih menerusi Radio Bernama 24 dan Salam Dari Jakarta terbitan Bernama News Chanel (BNC).
Sementara itu Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata sebagai agensi berita nasional, Bernama sentiasa prihatin mengenai jalinan hubungan kedua-dua negara.
"Bernama berusaha dari segi memberikan informasi tepat, maklumat bahkan melalui cara menerbitkan rancangan yang boleh merapatkan jurang antara rakyat Malaysia dan Indonesia.
Menerusi program Khabar Merah Putih itu, warga Indonesia yang ramai bekerja di Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini di Indonesia, selain maklumat mengenai peraturan yang perlu dipatuhi di negara ini, katanya.
Mengulas mengenai isu bendera yang tercetus ketika berlangsungnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini, beliau berkata Bernama berperanan menyiarkan maklumat daripada saluran rasmi dan tidak rasmi memberitahu kepada rakyat Malaysia dan Indonesia perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik.
"Situasi yang panas akibat isu berkenaan dapat kita redakan dalam masa 24 jam," katanya.
Sementara itu, selain sesi ramah mesra dengan pengurusan Bernama, delegasi KAHMI juga dibawa melawat termasuk ke Jabatan Pengarang, bilik berita Radio 24 dan bilik berita BNC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2017
Media Malaysia dan Indonesia perlu bijak menangani setiap isu dan perlu pantas menyejuk dan mententeramkan sesuatu isu agar tidak berpanjangan.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Lelaki direman dua hari kes bendera terbalik
Seorang lelaki warga tempatan direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes sebuah premis perindustrian di Senai dekat sini yang didakwa memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
Lelaki Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik dituduh Selasa
Suspek yang merupakan seorang lelaki berumur 30 tahun itu diberkas selepas kejadian tersebut tular menerusi satu kumpulan WhatsApp sebuah komuniti penduduk di daerah ini.
Polis siasat rumah ibadat pasang bendera terbalik
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap insiden pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah rumah ibadat di Kampung Sungai Suluh.
Pasang bendera Kedah terbalik: Pemilik restoran, pekerja warga Bangladesh ditahan
Polis menahan pemilik restoran makanan laut dan seorang pekerjanya warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes memasang bendera Kedah secara terbalik di sebuah premis di Kuah.
Insiden Jalur Gemilang terbalik di gereja Klang disebabkan 'tersalah pasang'
Tular di media sosial pada Rabu video berdurasi 28 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah gereja di Klang.
Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong
Ada generasi muda kurang memahami kerana tidak berada di zaman kesusahan dan tidak pernah rasa perit jerih untuk mencapai kemerdekaan.
Jalur Gemilang terbalik: 69 laporan diterima - KPN
Kes disiasat di bawah Seksyen 501 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Gubal akta khusus Jalur Gemilang dan bendera negeri - Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak itu berpendapat, akta yang dicadangkan itu boleh menjelaskan mengenai pemasangan bendera, termasuk bentuk, warna dan cara memasangnya.
Media Malaysia dan Indonesia perlu lebih strategik kukuhkan hubungan
Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever