awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mek Kelate tak kekok jadi 'Barbie'

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
25/09/2019
00:59 MYT
Mek Kelate tak kekok jadi 'Barbie'
Bagi Shafieqa, watak Barbie menjadi pilihan apatah lagi dengan raut wajah gadis kecil molek ini mirip patung terkenal dunia itu. -Astro AWANI
MESKIPUN sudah beranak dua, seorang wanita dari Pengkalan Chepa tidak kekok meneruskan minat menjiwai watak anime kegemarannya.
Bagi Shafieqa Mohd Asri, 26, watak Barbie menjadi pilihan apatah lagi dengan raut wajah gadis kecil molek ini mirip patung terkenal dunia itu.
Shafieqa yang mesra dengan nama 'Fykaaschaa Kaka' berkata dia mula membuat cara mekap yang luar biasa termasuk ala 'Barbie' bagi mengatasi rasa rendah diri dan malu dalam dirinya.
Kata Syafieqa, dia memilih membuat tutorial mekap di laman sosial secara langsung di Facebook sejak 2016 dengan mekap biasa seperti mekap untuk pengantin, bollywood.
"Sebab saya suka cuba benda baharu, saya cuba mekap tema Barbie Doll, mumia, vampire dan 'Naagin' akhirnya mendapat perhatian penonton di laman sosial.
"Cuma seperti biasa, ada yang kecam tapi ada juga yang memberikan pujian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa, di sini.
Ibu kepada Muhammad Akash Aqlan, 8, dan Muhammad Ashran Arshan, 7, berkata dia memerlukan masa di antara satu dan satu setengah jam untuk berhias dan berdandan mengikut watak yang dipilih.
Katanya, watak yang dipilih adalah daripada animasi Jepun atau anime popular kanak-kanak dengan kebanyakan pakaian dan aksesori dibeli dari China, Thailand dan Korea.
"Setakat ini saya anggarkan dah berhabis lebih RM30,000 termasuk koleksi rambut palsu lebih 30 jenis, maskot, pakaian 'cosplay', aksesori dan alatan mekap," katanya.
Cosplay atau costume play merupakan cara pemakaian dan dandanan menyerupai sesuatu watak.
Menurut Shafieqa, dia pernah ditawarkan menjadi model penggambaraan untuk pertandingan dalam dan luar Kelantan.
Shafieqa bertuah apabila hobi uniknya mendapat sokongan penuh suami Mohd Sharifuddin Ab Halim Sivanesan, 36, yang pernah bergelar model tempatan.
"Biasanya jika penggambaraan memerlukan aksi berpasangan dan berpegangan, suami akan turut serta dan untuk setiap watak yang diberikan, saya akan membuat kajian terlebih dahulu sekurang-kurangnya sehari sebelum penggambaraan," katanya.
Selain menjadi model sambilan, Shafieka turut menjalankan perniagaan sewa maskot, kanta lekap dan melatih model-model baharu.
Topic Berkaitan
#anime
#Barbie Kelantan
#cosplay
#Fykaaschaa Kaka
#maskot
#Mohd Sharifuddin Ab Halim Sivanesan
#Shafieqa Mohd Asri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan