awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut langgar kuda padi di Lipis

Bernama
Bernama
17/05/2019
00:51 MYT
Mekanik  maut langgar kuda padi di Lipis
Azli berkata kemalangan yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh itu juga menyebabkan kuda padi tersebut mati di lokasi kejadian. - Foto Bernama
Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kuda padi yang dipercayai terlepas dari kandang di Kilometer 89 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata kejadian pada 9.40 malam itu menyebabkan Muhammad Shukri Che Aris, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr maut di tempat kejadian kerana parah pada kepala dan badan.
"Mangsa yang dalam perjalanan dari Lipis ke Merapoh dipercayai tidak menyedari kehadiran kuda itu kerana keadaan jalan yang gelap," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Azli berkata kemalangan yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh itu juga menyebabkan kuda padi tersebut mati di lokasi kejadian.
Pemilik haiwan itu telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan, katanya.
Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Persit Merapoh di Gua Musang, Kelantan dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#jenazah
#kemalangan
#Kuantan
#langgar kuda padi
#lipis
#mangsa
#mati
#maut
#Merapoh
#polis
#siasatan
#Terlepas kandang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan