Seorang mekanik direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas memukul isteri dengan papan luncur dan menendang kepala anak mereka yang berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Gong Pak Damat, Gong Badak, Kuala Nerus, Khamis lalu.
Kejadian berlaku selepas permintaan suspek untuk pinjam duit raya anaknya sebanyak RM10 tidak diendahkan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bagi membolehkan lelaki berusia 32 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.
Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek mengejutkan anak lelakinya itu yang sedang lena tidur dengan cara kasar semata-mata hendak meminjam duit raya mangsa yang berjumlah RM10 untuk membeli kad nilai tambah prabayar.
Bagaimanapun mangsa memaklumkan yang dia tidak mempunyai duit sebelum suspek mengamuk dengan bertindak menendang kepala kanak-kanak itu.
"Suspek bertindak sedemikian apabila berang mangsa menipunya kerana tahu anaknya itu mempunyai banyak duit raya selepas berhari raya bersama saudara mara pada hari raya pertama.
"Perbuatan suspek yang menendang kepala mangsa disedari isterinya sebelum cuba menghalang tindakan melampau itu, namun tidak dihiraukan.
"Malah, suspek bertindak memukul isterinya itu dengan papan luncur di kepala selain melempar kereta mainan sehingga terkena di dahi wanita itu," katanya kepada Sinar Harian.
Jelas sumber lagi, akibat tindakan itu, isteri suspek berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan bengkak dan luka sehingga berdarah di dahi.
"Suspek juga didakwa sebelum ini kerap mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda di dalam rumah malah pernah menyebabkan kecederaan orang di sekelilingnya," katanya.
Sumber berkata, susulan laporan dibuat isteri suspek pada petang kejadian di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus, suspek ditangkap kira-kira jam 11.45 malam tadi di Tepoh.
Sinar Harian
Sun Jun 09 2019
Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu untuk mendapat perintah tahanan reman hari ini. -Foto Sinar Harian
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Mekanik pukul isteri, tendang anak gara-gara tidak dapat duit raya RM10
Suspek mengejutkan anak lelakinya yang sedang tidur dengan cara kasar semata-mata hendak meminjam duit raya mangsa yang berjumlah RM10 untuk membeli kad nilai tambah prabayar.