awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melacurkan diri, ibu tunggal berdepan hukuman sebat syariah

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2018
13:26 MYT
Melacurkan diri, ibu tunggal berdepan hukuman sebat syariah
Tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun. - Foto Astro AWANI
Seorang ibu tunggal bakal berdepan hukuman sebatan syariah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Ahad atas kesalahan melakukan persediaan melacurkan diri.
Tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun.
Mengikut pertuduhan ibu kepada seorang anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu.
Tertuduh ditahan bersama seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 malam hingga 11.45 malam.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan melacurkan diri.
Wanita berkenaan juga bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan.
Bagaimanapun mahkamah menetapkan 27 September ini sebagai tarikh menetapkan hukuman. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.
Pendakwaan dikendalikan, Pendakwa Syarie Terengganu, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#hukuman sebat
#ibu tunggal
#Kuala Terengganu
#mahkamah syariah
#Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu
#sebatan syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan