Kerajaan negeri Melaka akan menerima bekalan air pukal berjumlah 12 juta liter sehari daripada kerajaan Negeri Sembilan menerusi perjanjian persefahaman yang dimeterai hari ini berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2020.
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata menerusi perjanjian itu, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan membeli bekalan air bersih terawat daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) pada harga RM1.40 per meter padu bagi kawasan di sempadan negeri Melaka.
Beliau berkata kawasan terlibat ialah Pulau Sebang, Jambatan Lubok China, Kuala Linggi, Kendung, Titian Bintagor, Pondoi, Batang Melaka, Sungai Rambai, Chohong, Tangkak dan Simpang Bekoh.
"Kerajaan negeri Melaka sangat prihatin tentang keperluan air bersih bagi rakyat di negeri ini dan perjanjian hari ini merupakan antara inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air mencukupi selain mengatasi isu berkaitan kemarau panjang seperti yang berlaku bermula Februari hingga Mei lepas.
"Saya yakin perjanjian ini akan menjadi satu titik tolak kerjasama yang lebih erat antara kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada masa hadapan dan terima kasih pada kerajaan Negeri Sembilan yang membantu kami memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat terjamin," katanya kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara SAMB dan Sains di sini, hari ini.
Perjanjian berkenaan ditandatangani Adly bagi kerajaan negeri Melaka dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB Datuk Mohd Khalid Nasir bagi pihak syarikat air itu manakala kerajaan Negeri Sembilan diwakili Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Sains diwakili Pengarahnya Wan Rasdi Wan Ismail.
Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan Negeri Sembilan melihat perjanjian tersebut merupakan antara kerjasama yang dilakukan antara kedua-dua kerajaan negeri selain isu persempadanan kawasan antara Melaka dan Negeri Sembilan.
"Insya-Allah isu persempadanan ini khususnya di kawasan Kuala Linggi akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat kerana ia penting untuk pelaksanaan pembangunan di kawasan sempadan yang akan memberi manfaat kedua-dua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019
ADLY: Kerajaan negeri Melaka sangat prihatin tentang keperluan air bersih bagi rakyat negeri.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.