Kerajaan negeri Melaka bercadang menjadikan kartun animasi 'Upin & Ipin' sebagai antara produk pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu, kata Ketua Menteri Adly Zahari.
Beliau berkata usaha itu meliputi beberapa aspek antaranya pembinaan taman tema 'Upin & Ipin' dan penganjuran Karnival 'Upin & Ipin' sebagai acara tahunan negeri itu.
Katanya kerajaan negeri akan memberi bantuan dan sokongan khususnya dalam aspek promosi bagi melaksanakan inisiatif itu menerusi Bahagian Promosi Pelancongan, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
"Upin & Ipin bukan sahaja jenama di peringkat tempatan namun ia terkenal di peringkat antarabangsa manakala Melaka merupakan negeri pelancongan yang terkenal di dalam dan luar negara dan mempunyai kehadiran pelancong yang ramai setiap tahun.
"Kita yakin Les' Copaque Production Sdn Bhd boleh buat penilaian menimbangkan cadangan berkenaan berdasarkan kehadiran pelancong ke Melaka dan kita sentiasa memberi kerjasama menjenamakan Upin & Ipin sebagai tarikan ke Melaka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 'Upin & Ipin 2019' di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Zairi Suboh.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menyasarkan kira-kira 100,000 pengunjung dan antara tarikan utamanya ialah Dewan Inderaloka yang merupakan kerajaan fantasi dalam filem 'Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal'.
Sementara itu, Burhanuddin berkata pembinaan Taman Tema Upin & Ipin masih dalam pertimbangan dari aspek lokasi kerana tawaran itu turut dicadangan beberapa kerajaan negeri selain melibatkan kos yang besar.
"Ia perlu dipertimbangkan dengan teliti dan lanjut, pelaburannya bukan sikit, dalam RM700 juta dan ia melibatkan taman tema tertutup," katanya.
Beliau berkata selain itu, dua filem animasi Upin & Ipin dijangka akan dihasilkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Pengunjung karnival itu, Atiyya Ismam, 40, dari Klang berkata beliau ke Melaka hari ini semata-mata untuk membawa empat anak yang berusia tiga bulan hingga 10 tahun untuk melihat secara dekat maskot Upin & Ipin.
"Pengisian karnival ini sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga orang dewasa kerana semua aktiviti yang disediakan boleh disertai ibu bapa dan anak mereka," kata kakitangan kerajaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (empat, kiri) menyempurnakan gimik perasmian Karnival Upin & Ipin 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.