awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape

Bernama
Bernama
04/01/2016
08:49 MYT
Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Melaka memutuskan mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di negeri ini yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
"Isu ini akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas mendengar laporan penuh daripada portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar di bawah Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan pada Rabu ini.
“Kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat berapa ramai peniaga vape di negeri ini dan perbincangan bersama mereka juga perlu diadakan sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sempena permulaan sesi persekolahan 2016 di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari. Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan membantu pengusaha atau peniaga vape di negeri ini terutama mereka yang telah mendapat lesen penjualan vape daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh peniaga atau penjual vape sedia ada ini ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini," katanya.
Sebelum ini media melaporkan MBMB telah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape.
Sementara itu Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Dis lepas telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
Topic Berkaitan
#haram
#idris haron
#Melaka
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan