Tutup

Melaka mungkin laksana kaedah air berjadual

Melaka mungkin laksana kaedah air berjadual
Kadar empangan di ketiga-tiga empangan di negeri itu masih kekal diparas kritikal dan secara keseluruhan, lori-lori tangki masih diperlukan untuk membekalkan air di kawasan-kawasan terjejas. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Walaupun Melaka mula dilimpahi hujan sejak beberapa hari lalu, tetapi paras air di empangan dan kolam tadahan, terutamanya di empangan utama di Durian Tunggal masih belum menunjukkan perubahan positif.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan catuan bekalan air atau kaedah air berjadua, jika paras ketiga-tiga empangan di negeri itu terus merosot.
Setakat ini, Melaka melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menghantar permohonan cadangan catuan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 22 September lalu seperti yang tular di media sosial sejak pagi semalam.

Tempoh pelaksanaan catuan air itu bakal dilaksanakan bergantung kepada SAMB berdasarkan sumber air dan keadaan cuasa semasa.
Kadar empangan di ketiga-tiga empangan di negeri itu masih kekal di paras kritikal dan secara keseluruhan, lori-lori tangki masih diperlukan untuk membekalkan air di kawasan-kawasan terjejas.

“Sebab itu kita setiap hari memang memaklumkan kepada semua pihak tentang kadar air kita dan sebenranya dalam kenyataan media kalau kita dapatkan maklumat tentang air, ianya cukup membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu permohonan surat rasmi berkepala surat SAMB yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd Khalid Nasir kepada SPAN yang tular di media sosial sejak Selasa.

Turut dikongsi adalah 12 muka surat pelan tindakan catuan bekalan air yang dikategorikan sebagai ‘sulit tidak boleh didedahkan’ untuk dilaksanakan bermula hari ini.

Sehingga hari ini, Empangan Jus mencatatkan bacaan 41 peratus air, diikuti Empangan Durian Tunggal 17 peratus dan Empangan Asahan 26 peratus.




Tag: Melaka, kaedah air berjadual, bekalan air, gangguan bekalan air, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Syarikat Air Melaka Berhad, SAMB, Durian Tunggal



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.