Kerajaan negeri Melaka perlu mencari kaedah baharu bagi menarik lebih ramai pelancong memilih untuk menginap di negeri itu, sekali gus meningkatkan pendapatan sektor pelancongan negeri.
Pengerusi Majlis Penasihat Bandar Pintar (Smart City) Melaka, Khoo Poay Tiong, berkata, kaedah berkenaan penting berikutan kedatangan kebanyakan pelancong dari dalam dan luar negara lebih gemar memilih untuk balik hari dan tidak bermalam di sini.
"Kita perlu melihat semula produk pelancongan sedia ada yang boleh dinaiktaraf dan memikirkan pakej lebih menarik bagi memastikan pelancong yang berkunjung ke Melaka dapat tinggal lebih daripada sehari," katanya pada sidang media, di sini pada Khamis.
Khoo, yang juga Anggota Parlimen Kota Melaka, berkata ia merupakan cabaran kepada kerajaan negeri supaya dapat meningkatkan kadar penginapan.
Beliau berkata berdasarkan kajian purata penginapan berbayar oleh Tourism Malaysia (TM), jumlah penginapan hotel di negeri ini bagi tempoh Januari hingga September tahun ini bagi pelancongan domestik dan antarabangsa adalah seramai 3.3 juta.
Tahun lepas sekitar 4.8 juta pelancong menginap di hotel berbanding 17.02 juta pelancong berkunjung ke negeri itu.
Khoo berkata Smart City akan mengumpulkan semua pengusaha industri pelancongan negeri untuk mengenal pasti kaedah berkesan bagi menarik lebih ramai pelancong untuk bermalam di negeri itu.
"Antara langkahnya, kita akan menambahbaik aplikasi pelancongan sedia ada agar lebih mesra pengguna dan menarik bagi membantu menyediakan sebarang maklumat pelancongan khususnya kepada produk-produk sedia ada dan terbaru, " katanya.
Di samping itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengambil pendekatan untuk mengadakan pertemuan dengan pengusaha industri pelancongan beberapa negara khususnya dari China bagi memperkenalkan pakej menarik yang boleh memastikan pelancong tinggal lebih lama di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2019
Jumlah penginapan hotel di Melaka bagi tempoh Januari hingga September tahun ini bagi pelancongan domestik dan antarabangsa adalah seramai 3.3 juta. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Melaka perlu cari kaedah baharu pelancong menginap
Kedatangan kebanyakan pelancong dari dalam dan luar negara lebih gemar memilih untuk balik hari dan tidak bermalam.