awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/11/2016
07:54 MYT
Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian mesyuarat Agung Tahunan GPMS Ke-62 Tahun 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. --fotoBERNAMA
Bangsa Melayu perlu terus memperkasakan pendidikan sebagai teras utama bagi memastikan bangsa itu terus ke hadapan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekuatan sesebuah bangsa itu terletak pada ilmu yang dimiliki.
Katanya, menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.
"Bila kita bercakap soal kekuatan hakiki, kita tidak boleh lari daripada ilmu atau pendidikan.
"Justeru menjadi asasnya kepada GPMS yang merupakan sebuah badan yang amat tepat bila terpanggil untuk mengumpulkan segala kekuatan yang mungkin supaya dilakukan satu gerakan massa diperingkat akar umbi di kalangan pelajar-pelajar supaya timbul kesedaran," katanya menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Agong Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ke-62 di ibu negara di sini hari ini.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di Mesir.
Ia bagi membantu pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang mengalami masalah tunggakan yuran di negara berkenaan.
Sumbangan itu menjadikan kutipan tabung terbabit setakat ini mencecah RM5 juta.
Pada majlis sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menerima Anugerah Tokoh Gabungan Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Sepanjang Zaman.
Anugerah disampaikan Perdana Menter pada majlis yang berlangsung di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Abdullah yang juga Penasihat Kehormat GPMS, turut diraikan sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-77 pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
#GPMS
#pembangunan negara
#pendidikan
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan