Sambutan Nuzul Al-Quran 1441 Hijrah menyaksikan suasana normal baharu umat Islam dengan penghayatannya dirasai lebih mendalam dan penuh keinsafan berikutan ujian akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak akhir Disember lepas.
Tanpa perhimpunan serta perkumpulan di masjid dan surau untuk bersama-sama bertadarus dan menghadiri majlis khatam Al-Quran sebagai mematuhi perintah kawalan pergerakan, umat Islam di Malaysia kali ini melakukannya bersama keluarga di rumah masing-masing, selain secara dalam talian bersama-sama ustaz dan ustazah pengajian kalam Allah.
Meriah atau tidak sambutannya seharusnya bukan indikasi bahawa umat Islam tidak boleh mengambil pelbagai ibrah atau pengajaran yang terdapat daripada peristiwa bersejarah Al-Quran, yang diturunkan kepada Rasul terakhir umat manusia iaitu Nabi Muhamad SAW, pada 17 Ramadan.
Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi kompas petunjuk pelbagai bidang kehidupan seharian manusia, merentasi zaman dan memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.
Memasuki fasa akhir Ramadan bulan suci umat Islam, apakah cukup sekadar memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran tanpa memahami isi kandungannya?
Mengupas hal berkenaan, Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni berkata yang paling penting adalah bagaimana umat Islam dapat terus menghayati kepentingan dan signifikan peristiwa itu melalui cara sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran dan mentadabbur (mempelajari) ilmu kitab suci itu.
"Cara terbaik menghayati Nuzul Quran ini ialah dengan kita menjadikannya sebagai titik-tolak untuk kita mengubah cara dan sikap kita terhadap Al-Quran terutama dari segi pembacaan dan pengamalannya. Jika sebelum ini, kita mungkin agak jauh dari Al-Quran maka inilah waktu terbaik untuk mendampinginya.
"Apa yang paling penting adalah usaha kita untuk belajar memahami isi kandungannya dan mengamalkan setiap perintah dan larangan Allah yang disampaikan melalui Al-Quran,” katanya kepada Bernama.
Dalam era teknologi maklumat, kemudahan Internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran serta membolehkan muslimin dan muslimat mengikuti kelas pengajian Al-Quran dalam talian.
Mengupas lanjut kepentingan mentadabbur isi kandungan Al-Quran dengan kesannya terhadap kehidupan seharian manusia, Ehsan, 48, berkata banyak ayat Al-Quran menegaskan pentingnya umat manusia mematuhi setiap arahan Allah, Rasul dan pemimpin mereka.
"Kita ambil contoh isu yang paling dekat sekarang ialah pandemik COVID-19 yang pada akhirnya kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan PKP dan kini PKPB bagi menjaga kemaslahatan (kebaikan) rakyat, jika tidak dilaksana PKP akan mengancam nyawa rakyat namun jika dilaksana, ekonomi negara pula terancam.
"Jika dilihat dari segi kaedah perundangan Islam, ini disebut sebagai ‘urus tadbir pemimpin (kerajaan) adalah berdasarkan kemaslahatan rakyat’. Kita sebagai rakyat haruslah mematuhi perintah kerajaan kerana pastinya mereka telah membuat keputusan yang terbaik untuk semua," jelasnya.
Ehsan berkata, umat Islam khususnya perlulah sentiasa memperbaiki akhlak dan peribadi diri, selaras dengan apa yang dituntut dalam Al-Quran dan menjelmakan pengamalan akhlak Al-Quran dalam kehidupan seharian.
"Contohnya, dalam Al-Quran banyak sebut tentang pentingnya berakhlak mulia dan berbicara dengan kata-kata yang mulia. Kita lihat pada zaman sekarang dalam media sosial, terlalu mudah kita mengeji dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain, ini sesuatu yang perlu kita perbaiki dan wajib kita mencontohi akhlak mulia disarankan Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW,” tegasnya.
Bagi pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Mohd Shahid Mohd Noh berkata dalam menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran, umat Islam perlulah sentiasa menginsafi kelemahan diri sebagai makhluk dan sentiasa mengesakan tuhan lebih-lebih lagi ketika menghadapi ujian seperti wabak COVID-19, ancaman virus makhluk kecil biarpun manusia dilengkapi dengan sistem perubatan moden.
“Kita lihat sekarang Allah uji kita dengan wabak COVID-19 yang juga adalah siri-siri wabak yang pernah berlaku kepada umat terdahulu, hendaklah kita menginsafi akan kelemahan kita terutama sekiranya kita melanggar kehendak dan hukum Allah SWT.
“Hendaklah kita teruskan berdoa dan memperbaiki sifat dan hubungan kita (dengan tuhan, manusia dan alam). Mudah-mudahan dengan kebaikanNya kita dirahmati oleh Allah dan dihindarkan dari segala bencana,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020
Seorang guru sekolah mendengar hafazan murid ketika belajar dalam talian semasa mengadakan pembelajaran dari rumah dalam tempoh PKP, di Kuantan, 2 Mei, 2020. --fotoBERNAMA/Hiasan
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Memaknai Nuzul Al Quran, hikmah di sebalik COVID-19
Memasuki fasa akhir Ramadan bulan suci umat Islam, apakah cukup sekadar memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran tanpa memahami isi kandungannya?
Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat kebangsaan Sabtu ini
Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 November) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi