awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memasak, kemas rumah, lipat baju tanggungjawab suami, bukan isteri

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/04/2020
05:28 MYT
Memasak, kemas rumah, lipat baju tanggungjawab suami, bukan isteri
Dalam Islam urusan rumah tangga seperti memasak, lipat baju atau mengemas rumah adalah tanggungjawab suami dan bukannya isteri.
Urusan rumah tangga seperti memasak, lipat baju atau mengemas rumah adalah tanggungjawab suami dan bukannya isteri.
Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang-Undang, Majlis Dakwah Negara, Dr Nurul Haq Shahrir, dalam Islam, urusan tersebut bukanlah kewajipan isteri tetapi ia dilakukan atas dasar sukarela dan mengikut budibicara.
Katanya, si isteri boleh membantu melakukan kerja-kerja tersebut secara sukarela, namun si suami tidak boleh memaksa isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
"Perlu saya ingatkan di sini bahawa dalam Islam, memasak, mengemas rumah, lipat baju dan lain-lain merupakan tanggungjawab suami dan tidak menjadi kewajipan bagi isteri.
"Ia adalah budi bicara isteri tersebut dan jika dilakukan secara sukarela si isteri memperolehi pahala.
"Namun si suami tidak boleh memaksa isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Abu Ishaq Al-Shirazi dalam Syarh Al- Muhazzab 2/68," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) sebelum ini melaporkan peningkatan 44 peratus isu keganasan rumah tangga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Antara aduan mengatakan si isteri dipukul kerana tidak masak atau tidak buat kerja rumah.
Mangsa dera boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi talian kasih 15999 atau whatsapp nombor 019-261 5999.
Mereka juga boleh menggunakan kata rahsia atau codeword seperti “nak masak kari ayam” untuk memaklumkan tentang penderaan rumah tangga.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Islam
#keganasan
#PKP
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan