awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Membersih 'kudis' di KL: Jual tanah Kampong Baru kepada agensi kerajaan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/10/2019
10:43 MYT
Membersih 'kudis' di KL: Jual tanah Kampong Baru kepada agensi kerajaan
Agensi kerajaan itu berperanan membantu pemilik tanah membangunkan Kampong Baru sekaligus mengangkat imej Melayu yang sebenarnya. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tanah di Kampong Baru, Kuala Lumpur tidak dijual kepada pihak luar sebaliknya kepada agensi kerajaan untuk dibangunkan.
Ujarnya, agensi kerajaan itu berperanan membantu pemilik tanah membangunkan Kampong Baru sekali gus mengangkat imej Melayu yang sebenarnya.
"Tanah Kampong Baru dulu berstatus tanah rizab pertanian Melayu. Waktu ini, mereka (pemilik tanah Kampong Baru) tidak boleh melakukan pertanian di situ, namun mereka hanya boleh berniaga di situ, tetapi mereka tiada wang yang cukup untuk bangunkan Kampong Baru.
"Kita lihat di situ terdapat rumah-rumah lama berbumbung zink karat. (Jadi) Ia nampak semacam 'kudis' di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang membangun pesat dengan bangunan pencakar langit.
"Ini tidak mencerminkan kedudukan orang Melayu yang (sebenarnya) berjaya seperti orang lain," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat pada Kongres Maruah Melayu di sini hari ini.
Selasa lepas, Menteri Wilayah Persekutan Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk di situ berhubung pembangunan semula kawasan berkenaan.
Khalid berkata daripada jumlah borang itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#Kampung Baru
#Kuala Lumpur
#Mahathir Mohamad
#memajukan Kampung Baru
#tanah Kampung Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan