awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wartawan Iran menangis di PBB, gesa dunia bertindak lebih tegas
Menteri Pertahanan Belanda mohon maaf atas serangan udara maut 2015 di Iraq
Indonesia usul tambahan 21,000 polis hutan tingkatkan pengawasan hutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara telekomunikasi tidak beri risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2019
10:44 MYT
Menara telekomunikasi tidak beri risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar
Kadar pancaran Frekuensi Radio Medan Elektromagnet (RF-EMF) dari menara telekomunikasi di negara ini adalah terkawal pada setiap masa. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak membawa risiko kesihatan kepada masyarakat termasuk golongan warga emas dan kanak-kanak.
SKMM dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, ini kerana pembinaan atau penempatan menara telekomunikasi dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan termasuk jarak antara menara telekomunikasi dan kawasan perumahan.
"Selain itu, kadar pancaran Frekuensi Radio Medan Elektromagnet (RFEMF) dari menara telekomunikasi di negara ini adalah terkawal pada setiap masa iaitu di bawah had yang disyorkan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP).
"Teknologi komunikasi mudah alih menggunakan frekuensi radio dan tergolong dalam kategori sinaran tidak mengion (NIR).
"Ianya tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengganggu struktur molekul atau sel tubuh manusia. Tambahan pula, pendedahan berterusan terhadap NIR tidak akan mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu badan manusia," katanya.
Dalam pada itu, SKMM berkata, sebanyak 24,000 kajian mengenai kesan EMF oleh struktur pemancar telekomunikasi terhadap sistem biologi dibuat sepanjang 30 tahun oleh saintis di seluruh dunia.
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merumuskan bahawa kajian-kajian yang telah dilaksanakan telah terbukti bahawa pendedahan EMF oleh struktur pemancar telekomunikasi terhadap sistem biologi tidak menjejaskan kesihatan.
"Fakta ini turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan bahawa tiada bukti saintifik yang meyakinkan untuk mengaitkan dakwaan risiko radiasi terhadap kesihatan daripada struktur pemancar telekomunikasi," jelasnya lagi.
Sementara itu, ujian tahap pancaran frekuensi radio (RF) kendalian Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di seluruh negara juga mendapati radiasi di kawasan sekitar pemancar adalah amat rendah dan berada pada tahap selamat.
SKMM turut menasihatkan orang awam agar merujuk kepada sumber yang sahih atau pakar bertauliah bagi mengelakkan salah faham berkenaan isu RF-EMF ini.
Topic Berkaitan
#gangguan kesihatan
#kawasan perumahan
#kesan radiasi
#menara telekomunikasi
#Penduduk
#risiko kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan