announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Meninggal dunia akibat COVID-19, pengebumian jenazah doktor ini dikawal rapi

Meninggal dunia akibat COVID-19, pengebumian jenazah doktor ini dikawal rapi
Mangsa merupakan seorang doktor perubatan menjadi mangsa jangkitan COVID-19 pertama dalam kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM). - Astro AWANI
ALOR SETAR: Majlis pengebumian jenazah seorang doktor perubatan yang juga mangsa kesembilan COVID-19 dikawal rapi anggota polis.

Jenazah selamat dikebumikan selepas Zohor di sebuah tanah perkuburan dekat Alor Setar, Kedah.

Anggota keluarga mangsa tidak dibenarkan memasuki dan menghampiri lokasi perkuburan.

Wakil media turut tidak dibenarkan merakam gambar pengebumian dan hanya selepas selesai sahaja baru dapat merakam.

Kelihatan van membawa mangsa dan jentera pengorek berada di lokasi perkuburan.

Mangsa merupakan seorang doktor perubatan menjadi mangsa jangkitan COVID-19 pertama dalam kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) selepas disahkan meninggal dunia jam 10.33 pagi tadi.

Ia adalah kematian kesembilan akibat COVID-19 di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, doktor berusia 48 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Fauziah, Perlis.

Mangsa dipercayai mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan dimasukkan ke hospital berkenan pada 17 Mac lalu selepas mengalami simptom Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Mangsa disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac lalu dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac berikutan keadaan kesihatan yang merosot.


Tag: covid-19, koronavirus, doktor meninggal dunia, malaysia, jangkitan, kesihatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.