Orang ramai diminta agar tidak mempercayai sebarang mesej palsu yang ditularkan menjelang hari mengundi, 9 Mei ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, terdapat usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk cuba mengelirukan pengundi dengan menyebarkan pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial.
Menurutnya, antara mesej-mesej palsu yang ditularkan termasuk berlaku pengiraan terhadap undi awal di beberapa kawasan, kertas undi disapu lilin, kaedah penandaan kertas undi, tuntutan perjalanan mengikut jarak perbatuan dan juga terdapat titik hitam pada kertas undi.
Berikut ialah penjelasan beliau tentang isu-isu tersebut, menerusi satu kenyataan hari ini.
PENGIRAAN UNDI AWAL
SPR menegaskan bahawa ianya tidak pernah berlaku dan semua kertas undi awal masih disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap-lokap balai polis. Kertas-kertas undi awal tersebut hanya akan dikira pada 9 Mei bermula jam 4 petang. Semua proses pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan dibuat dengan disaksikan oleh semua pihak berkepentingan dalam kehadiran Calon-calon atau ejen-ejen Calon.
KERTAS UNDI DISAPU LILIN
Dakwaan kononnya kertas undi pos telah disapu lilin di petak calon tertentu bagi menyukarkan pengundi menanda pangkah di petak tersebut juga adalah palsu. Setiap kertas undi yang dicetak akan disemak terlebih dahulu dengan teliti pada setiap helaian bagi memastikan tiada sebarang kekotoran seperti tanda titik hitam (black dot).
KAEDAH PENANDAAN KERTAS UNDI
Kaedah penandaan yang betul dan digalakkan adalah dengan cara membuat tanda pangkah di dalam salah satu petak mana-mana calon yang dipilih serta tidak melangkau ke petak calon-calon yang lain. Sekiranya terdapat keraguan, ia akan diputuskan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) sama ada diterima atau ditolak dalam kehadiran Ejen-Ejen Mengira Undi bagi Calon yang bertanding.
TUNTUTAN PERJALANAN MENGIKUT JARAK PERBATUAN
SPR tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman tentang pengundi boleh membuat tuntutan perjalanan mengikut jarak perbatuan bagi mereka yang balik mengundi. Ini berikutan terdapat mesej tular yang kononnya pengundi boleh membuat tuntutan perjalanan di Pejabat Daerah dengan membawa MyKad dan jumlah dibayar akan mengikut jarak perjalanan iaitu antara RM10 hingga RM1,000.
Justeru, SPR menyaran orang ramai agar tidak terpengaruh dan menyebar mesej-mesej palsu kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang.
Astro Awani
Mon May 07 2018
Orang ramai disaran agar tidak terpengaruh dan menyebar mesej-mesej palsu kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. - Gambar hiasan
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih - MPI
Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih.
Perkasa hubungan baik media Malaysia-Indonesia, perangi berita palsu negara serumpun
Hubungan baik di antara wartawan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan diteruskan dalam usaha memerangi penyebaran berita-berita palsu dan naratif buruk membabitkan kedua-dua negara serumpun itu.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Politik kaum dan agama ‘mencair’ di Indonesia, merebak pula di Malaysia
Katanya, tumpuan ialah pada tawaran oleh calon yang lebih substantif dan dekat di hati pengundi berbanding kempen yang berteraskan identiti.
Langgar polisi, TikTok buang 1.5 juta video pengguna Malaysia
Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.
ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.