Tutup

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020: Mohammadin jawab dakwaan tidak buat kerja

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020: Mohammadin jawab dakwaan tidak buat kerja
Malaysia tidak ada masalah untuk capai sasaran 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Mohamaddin Ketapi. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: “Jika kita tidak buat kerja, bagaimana boleh kita (hampir pasti) capai sasaran kita?”

Itu reaksi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi terhadap dakwaan kononnya Tourism Malaysia tidak melakukan persediaan secukupnya Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

Menurut Mohamaddin, berkata jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia untuk tahun ini dijangka melebihi sasaran iaitu 28 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM90 juta.

“Ada kemungkinan mereka ini tidak nampak apa yang kita lakukan tahun lepas.
“Kalau tahun ini kita menerima 28 juta pelancong, tidaklah susah sangat untuk menetap sasaran 30 juta pelancong untuk tahun akan datang (TMM 2020) dengan pendapatan RM100 bilion.

“Kalau peningkatan ini sudah berlaku dan berjalan dengan baik, adakah pendapatan yang tinggi seumpama ini dituduh tidak buat kerja?
“Kalau kita tidak buat kerja, kita tidak dapat capai sasaran seumpama ini,” katanya kepada Astro AWANI selepas rakaman temubual khas program Agenda Awani di Putrajaya pada Isnin.

Mohamaddin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan laporan media susulan dakwan kurangnya kempen bagi mempromosi TMM 2020 yang berbaki lagi tujuh bulan.

Beliau berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sentiasa terbuka menerima sebarang kritikan daripada aorang ramai mengenai sebarang perancangan promosi yang dijalankan.

“Kita akan lihat pada kritikan, kalau ada kepincangan kalau perlu diperbaiki, kita akan lakukan.

“Tetapi kita selesa dengan apa yang kita lakukan,” jelasnya lagi.

Mengenai logo TMM2020 yang direka semula pada Mac lalu, pihaknya menerima sejumlah 518 penyertaan dengan 10 daripadanya telah disenarai pendek.

“Kita sudah serahkan logo-logo yang terpilih itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tun sendiri yang akan pilih logo terbaik dan (kami) akan maklum dalam dalam masa terdekat,” jelasnya.


Tag: Tahun Melawat Malaysia 2020, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, TMM2020



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.