Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau super dron atau kereta terbang UAS E-Hang 216 (EH216) di Subang, hari ini.
Pejabat Setiausaha Akhbar MED dalam satu kenyataan memberitahu, tinjauan dibuat susulan jemputan oleh usahawan tempatan, Eastcap Berhad yang bekerjasama dengan syarikat luar negara yang membawa dron tersebut.
Menurut kenyataan itu, lawatan tertutup ke atas usahawan seperti itu merupakan satu amalan biasa dijalankan oleh pihak kementerian dan agensi bagi melihat dengan lebih dekat kemampuan usahawan.
"Seperti banyak dilaporkan media sebelum ini, kementerian juga memberikan sokongan dan fasilitasi berkaitan kepada beberapa projek dron dan air mobility yang dijalankan oleh syarikat tempatan dan luar negara.
"Projek seumpama itu dapat menggalakkan lagi aktiviti R&D dalam industri aeroangkasa dan 'air mobility' menerusi usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa dalam bidang assembly dan pembuatan parts & components serta menggunakan teknologi terkini merangkumi big data, artificial intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT)," katanya.
Redzuan tidak melepaskan peluang untuk masuk dan merasai pengalaman berada dalam kereta terbang.
Kenyataan sama menyebut, ia merupakan inisiatif swasta yang tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak kerajaan.
Menurut kenyataan itu, Redzuan dilaporkan berkata, sebagai kementerian yang menerajui pembangunan keusahawanan, MED akan terus menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan PKS yang berinovasi tinggi.
"Ia selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.
"MED akan sentiasa menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang disasarkan di bawah DKN 2030," katanya.
Memetik kenyataan sama, usahawan-usahawan yang ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan serta undang-undang sedia ada, selain sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di negara ini terhadap proses penguatkuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti berkaitan.
Kenyataan itu menyebut, menerusi lawatan pada hari ini, Redzuan turut diberi penerangan tentang perancangan syarikat terbabit untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan fasiliti pemasangan kereta terbang sebanyak 10,000 unit setahun dengan pewujudan 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran eksport dengan negara yang dikenal pasti oleh usahawan ini.
MED juga menggalakkan lebih banyak syarikat inovasi tempatan untuk memilih Cyberjaya sebagai platform test-bed untuk menguji teknologi dan inovasi baharu termasuk autonomous, dron dan air mobility.
Pada masa yang sama, pihak kementerian juga dimaklumkan sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai keperluan mewujudkan kerangka perundangan kondusif dan holistik bagi menyokong perkembangan industri ini di samping memperkasakan ekosistem sedia ada.
BACA: Kereta terbang atau dron? Mana satu yang betul?
Sinar Harian
Thu Nov 21 2019
Redzuan melihat secara dekat kereta terbang di Subang hari ini. Foto: Ihsan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Tekun Nasional sasar buka 15 Tekun Mart seluruh negara tahun ini
TEKUN Mart memasarkan produk usahawan TEKUN secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.
Menteri tinjau kereta terbang di Subang
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau super dron atau kereta terbang UAS E-Hang 216 (EH216) di Subang, hari ini