Bekas Mufti Johor dan Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Noh Gadot mengalami kecederaan selepas kenderaan Mercedez Benz yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Shahurinain Jais berkata mangsa bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan ringan di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu.

Noh bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan ringan di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu.- Foto ihsan pembaca
Katanya kejadian berlaku lebih kurang jam 1.15 petang tadi dipercayai terjadi apabila kenderaan yang dipandu oleh Noh dari arah Bulatan Kolam Air hendak menghala ke kediamannya di Taman Nong Chik.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa hendak membelok ke sebelah kiri untuk masuk ke kediamannya, kemudian telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke longkang yang bersebelahan dengan kediamannya.
"Noh mengalami kecederaan ringan iaitu luka-luka manakala kenderaannya mengalami kerosakan bumper depan dan belakang, bonet depan dan belakang dan cermin besar depan.
"Dimaklumkan Noh telah dirawat di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan telah menerima 9 jahitan di bawah dagu," katanya lagi.