awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merokok dan vape bukan aspirasi anak muda - Khairy

Hilal Azmi
Hilal Azmi
08/11/2015
11:52 MYT
Merokok dan vape bukan aspirasi anak muda - Khairy
KHAIRY - "Merokok dan vape bukan aspirasi anak muda" - GAMBAR FAIL
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Kementerian Kesihatan yang menyerbu kedai vape di seluruh negara baru-baru ini.
Tegasnya, biarpun telah dibincang di peringkat jemaah menteri, setiap tindakan harus mengambil kira pelbagai aspek dan tidak perlu terburu-buru.
"Ya, secara peribadi saya rasa tindakan serbu kedai vape adalah tindakan terburu-buru.
"Biarpun ia telah dibincang di peringkat jemaah menteri, kita perlu lihat pada usaha untuk kawal selia.
"Kalau nak buat rampasan pun, mestilah buat perbincangan dulu memandangkan kebanyakan peniaga sebelum ini tidak tahu tentang peraturan. Lagipun mereka dah buat pelaburan yang besar," katanya kepada media selepas menghadiri Kejohanan Debat Antara Universiti Peringkat Kebangsaan di sini pada Ahad.
Khairy turut menegaskan pihaknya bukan berniat mahu menggalakkan tabiat merokok atau vape, tetapi keputusan yang diambil harus realistik dengan keadaan semasa.
"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya tak galakkan belia untuk merokok dan vape, malah sudah pasti ia bukanlah aspirasi belia.
"Biarpun difahamkan vape lebih rendah risikonya berbanding rokok, melihat dari sudut industri, kita tak boleh halang rakyat buat keputusan peribadi.
"Sebagai kerajaan, kita boleh adakan kempen menerangkan bahaya rokok dan vape, dan dari situ rakyat boleh buat keputusan sendiri," tambahnya.
Sebelum ini, Khairy menerusi tweetnya menyatakan jika vape diharamkan, rokok juga perlu diharamkan.
I favour strong regulation for both. But if going to ban one, ban both. Plus we've spent waay too much time on this. https://t.co/5bAiikl7zh
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 8, 2015
Komen beliau mendapat respon pelbagai daripada warga media sosial terutamanya daripada kalangan perokok dan vape.
Pergerakan Pemuda UMNO pada Khamis mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan terhadap pengusaha perniagaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Belia dan Sukan
#rokok
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan