Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan sambutan hari lahir ke-65 beliau di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sambutan yang dibuat isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu turut diraikan bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain.

Turut mencuri tumpuan media apabila Rosmah turut menyuap potongan kek ke mulut Najib.

Di akhir sambutan itu, Rosmah dalam ucapannya berdoa semoga Najib diberi kesihatan yang baik selain akui setiap ahli keluarga menyayanginya.



“Saya ucapakan semoga beliau sentiasa berjaya dan sihat termasuk untuk keluarga kami kerana beliau ketua keluarga kami.

“Saya nak anda semua tahu yang kami sekeluarga amat menyayangi beliau selain kami tahu bahawa beliau adalah seorang yang jujur dan berada di landasan yang betul,” kata Rosmah.

Turut dipertontonkan kepada Najib adalah sebuah video berkisar kehidupan dan kejayaan yang dikecapi beliau selama ini.