Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kes pelajar sesak nafas di Pasir Gudang.
MESTECC dalam satu kenyataan hari ini berkata jawatankuasa yang diketuai oleh Pengarah JAS Johor itu turut dianggotai Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendidikan Daerah dan Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA).
Menurutnya mesyuarat pertama jawatankuasa telah diadakan malam tadi (Khamis), dan selain itu pihaknya juga akan mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Saintifik bagi tujuan menyelaras analisis saintifik berkenaan isu itu.
"Jawatankuasa ini akan meneruskan lagi analisis laporan dan penemuan pemantauan teknikal yang telah dijalankan, dan ia telah bermesyuarat pagi ini," tambahnya.
MESTECC berkata pihak JAS sedang meneruskan pemantauan kualiti udara di sekolah dan pemantauan dalam radius dua kilometer dari sekolah telah dimulakan malam semalam bersama dengan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT).
Menurutnya pemantauan udara oleh pihak JAS dan Hazmat bagi parameter karbon monoksida (CO), hydrogen sulfida (H2S) dan volatile organic compounds (VOS) adalah sifar, manakala bacaan oksigen adalah 21.2 peratus (normal)," katanya.
Dalam kejadian semalam Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar dilaporkan berkata 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini, didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula dalam kenyataan hari ini berkata sehingga pukul 10.00 pagi ini, terdapat 29 orang mendapatkan rawatan iaitu 21 perempuan dan 8 lelaki, dengan 16 daripada mereka adalah dari Sekolah Agama Taman Mawar, iaitu 14 pelajar dan 2 dewasa, manakala 13 lagi adalah pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang (4).
Sementara itu di JOHOR BAHRU, JAS Negeri sudah mula melakukan pemeriksaan terhadap kilang-kilang kimia, gas dan petroleum yang berada dalam radius 1.5 kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, hari ini.
Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata pemeriksaan dilakukan dengan berpandukan arah angin kerana ia membawa bau yang dihidu murid berkenaan.
"Kita juga harus melakukannya cepat sebelum sesi persekolahan dibuka semula," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata sekiranya punca bau masih belum dapat dikesan, pemeriksaan akan diperluaskan lagi sehingga radius tiga kilometer dari sekolah itu, dan ia dijangka akan mengambil masa antara dua atau tiga hari lagi.
Wan Abdul Latiff berkata berdasarkan inventori pihaknya, terdapat 2,005 buah kilang di seluruh kawasan Pasir Gudang setakat ini.
"Kalau lihat jarak antara kawasan industri, sekolah dan rumah, ia tidak jauh. Namun disebabkan terdapat pelbagai bau di Pasir Gudang ekoran aktiviti perindustrian itu maka kita tidak boleh mengesahkan dahulu bahawa sama ada ia (bau atau gas terlibat) adalah LPG mahupun sebaliknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Petugas keselamatan mengambil keterangan mangsa pencemaran udara yang mendapatkan rawatan di Sekolah Agama Taman Mawar, Johor Bahru, 20 Jun, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.
NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
Jawatankuasa ditubuh untuk putuskan isu pentadbiran Pelabuhan Bintulu - Fadillah
Kerajaan pusat telah menerima surat daripada Sarawak berhubung permintaan negeri itu untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu.
KPM perincikan syor Jawatankuasa Antigangguan Seksual dan Buli
Fadhlina yakin saranan dan cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mampu meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Perolehan aset bernilai tinggi: Kementerian Pertahanan rancang tubuh jawatankuasa pelaburan pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata langkah itu seperti yang disyorkan di bawah Kertas Putih Pertahanan.
Pakatan Harapan tubuh sembilan jawatankuasa baharu
Maszlee Malik dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan manakala Jawatankuasa Kesihatan diketuai Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
FAM akan teliti prestasi pengadil - Sivasundaram
Beliau bagaimanapun perlu membentuk jawatankuasanya dahulu yang dijangka dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Sistem pilihan raya Hong Kong diperbaiki dengan arahan Beijing
Perubahan ini termasuk memperkenalkan semula jawatankuasa untuk menilai calon Majlis Perundangan Hong Kong dan memilih pemimpin Hong Kong.