awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat kabinet di Kuching untuk sokong Sarawak - Zahid

Bernama
Bernama
03/05/2016
13:54 MYT
Mesyuarat kabinet di Kuching untuk sokong Sarawak - Zahid
Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Kuala Lumpur ialah pada 1999 di Langkawi semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA). - Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat mingguan Kabinet yang akan diadakan di sini esok, adalah untuk menyokong kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Beliau (Najib) merasakan bahawa beliau perlu berada di sini, dan beliau ingin mendapatkan komitmen daripada setiap menteri Kabinet. Justeru, kami bersetuju dengan cadangan beliau.
"Mesyuarat Kabinet esok adalah untuk menunjukkan komitmen dan sokongan moral kami terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Ia juga bagi menterjemahkan sokongan kami kepada Adenan dan juga visi beliau.
"Melalui sokongan daripada kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita berada di sini untuk bersama-sama dengan rakyat Sarawak," katanya semasa lawatan beliau ke Pusat Operasi Media Bernama di sini hari ini.
Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Kuala Lumpur ialah pada 2011 di Kuantan, Pahang.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz baru-baru ini, berkata mesyuarat Kabinet akan diadakan di sini, kerana terdapat lapan menteri persekutuan dari Sarawak yang terlibat dalam kempen pilihan raya negeri.
Nazri berkata ia juga bagi memudahkan menteri-menteri lain dalam portfolio berkaitan untuk berada di sini semasa pilihan raya negeri itu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#mesyuarar kabinet
#pilihan raya Sarawak
#PRN Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan