awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat tentukan semula kawasan pencarian MH370 dijangka September - Jailani

Bernama
Bernama
15/08/2015
06:00 MYT
Mesyuarat tentukan semula kawasan pencarian MH370 dijangka September - Jailani
JAILANI: Setelah flaperon disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat, kawasan pencarian mungkin akan ditentukan semula. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia bagi menentukan semula kawasan pencarian pesawat MH370 dijangka awal September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 itu berkata antara perkara akan dibincangkan pada mesyuarat itu adalah sama ada kawasan pencarian perlu diperkecilkan setelah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat MH370.
"Setelah flaperon disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat, kawasan pencarian mungkin akan ditentukan semula dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Aidilfitri 2015 Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.
Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan serpihan atau flaperon pesawat yang ditemukan di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat MH370.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur hilang pada 8 Mac, 2014.
Sementara itu, Jailani berkata kementerian itu sehingga kini telah menemui lebih 50 pihak berkepentingan bagi usaha meminda Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya draf pindaan akta berkenaan dijangka dibawa ke sidang Parlimen Oktober ini.
"Pindaan ini bukan hanya melihat semula peruntukan dari segi media sosial tetapi juga secara keseluruhan termasuk penguatkuasaan dan penambahbaikan dalam akta ini," katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak sebelum ini mencadangkan dua akta berkenaan dipinda bagi memastikan dunia tanpa sempadan ketika ini tidak disalah guna sehingga boleh mengancam kepada berlakunya jenayah.
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#Liow Tiong Lai
#MAS
#MH17
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan