awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia nafi negara bakal dilanda suhu sejuk

Bernama
Bernama
01/02/2016
14:34 MYT
MetMalaysia nafi negara bakal dilanda suhu sejuk
Menurut jabatan itu, suhu Malaysia yang beriklim tropika secara amnya adalah antara 22 darjah celsius sebelah subuh dan 35 darjah celsius pada lewat petang. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang bulan ini.
Menurut kenyataan media MetMalaysia hari ini, berdasarkan pada suhu minimum dialami negara sepanjang bulan lepas, keadaan suhu sepanjang bulan ini dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celsius.
"MetMalaysia menjangkakan keadaan sama akan berlarutan sehingga bulan Jun. Sehubungan itu suhu minimum dijangka tidak akan menurun ke 20 darjah celsius sepanjang Februari 2016 seperti yang dilaporkan dalam akhbar," kata kenyataan itu.
Menurut jabatan itu, suhu Malaysia yang beriklim tropika secara amnya adalah antara 22 darjah celsius sebelah subuh dan 35 darjah celsius pada lewat petang.
"Secara amnya suhu minimum pada bulan lepas (Januari) didapati lebih panas dari biasa antara satu hingga dua darjah celsius.
"Malah, suhu terendah pada bulan lepas adalah lebih tinggi dari rekod suhu terendah jangka panjang bagi bulan itu," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu menyatakan peningkatan tersebut selari dengan jangkaan awal kesan fenomena El Nino kuat yang menyebabkan peningkatan suhu antara 1.5 hingga 2.0 darjah celsius.
MetMalaysia sentiasa memantau perkembangan, dan sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui talian hotline 1-300-22-1638 atau menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak dijangka menikmati cuaca sejuk dan nyaman apabila suhu dijangka turun hingga ke 20 darjah celsius sepanjang Februari.
"Malah, suhu terendah pada bulan lepas adalah lebih tinggi dari rekod suhu terendah jangka panjang bagi bulan itu," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia sentiasa memantau perkembangan, dan sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui talian hotline 1-300-22-1638 atau menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak dijangka menikmati cuaca sejuk dan nyaman apabila suhu dijangka turun hingga ke 20 darjah celsius sepanjang Februari.
Topic Berkaitan
#El Nino
#Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara
#terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang Februari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan