awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

METMalaysia nafi suhu terendah 17 darjah Celsius yang ditularkan

Bernama
Bernama
13/01/2018
15:42 MYT
METMalaysia nafi suhu terendah 17 darjah Celsius yang ditularkan
MetMalaysia menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius yang kini tular menerusi media sosial.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius yang kini tular menerusi media sosial.
Dalam satu kenyataan di sini, jabatan itu berkata suhu minimum yang direkodkan hari ini ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang lazim berlaku pada awal pagi.
"Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad (esok)," demikian menurut kenyataan itu.
Jabatan tersebut turut menasihati orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkaitan cuaca menerusi laman sesawangnya di www.met.gov.my atau aplikasi mudah alih (myCuaca), laman Facebook malaysiamet, Twitter @malaysianmet dan talian 1 300 22 1MET (1638).
Maklumat yang tular itu antara lain mendakwa berdasarkan 'Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia' seluruh negara mengalami penurunan suhu dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius serta menasihati orang ramai memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak dan seterusnya membawa demam panas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#17 darjah Celsius
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#media sosial
#MetMalaysia
#penurunan suhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan