Ahli keluarga Allahyarham Norahimah Mohd Noor, 67, seorang daripada penumpang MH17 yang terkorban mahu dalang yang terlibat dalam nahas pesawat itu dikenakan hukuman setimpal.
Adik bongsu Allahyarham, Noorlin Mohd Noor, 52, berkata, tidak kiralah apa juga alasan pihak yang melakukan jenayah itu, mereka perlu menerima hukuman kerana telah menganiaya nyawa yang tidak berdosa.
"Syukur dan Alhamdulillah...selepas hampir lima tahun menunggu akhirnya kita tahu siapa yang bertanggungjawab, namun kita tidak boleh berpuas hati selagi mereka tidak menerima hukuman setimpal.
"Harap pendakwaan yang dilakukan nanti dapat memberi pembelaan kepada mangsa dan keluarga tragedi MH17 ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurutnya, tragedi yang mengorbankan 298 penumpang serta anak kapal itu cukup meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga meski pun telah lama berlalu.
Katanya, apa juga laporan diberikan sebelum ini termasuk ditembak kerana disangka pesawat tentera tidak lagi penting.
"Jenayah tetap jenayah dan kerana tindakan mereka itulah, ratusan nyawa tidak berdosa termasuk kakak saya terbunuh," katanya.
Hari ini, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) pada sidang media di Belanda mendedahkan empat suspek sebagai perancang insiden MH17.
Tiga suspek merupakan warga Rusia, sementara seorang warga Ukraine dan ketika kejadian mereka bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) dari puak pemisah Donetsk People's Republic.
Keempat-empat suspek akan dibicarakan di Belanda bermula 9 Mac tahun hadapan.
Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Sinar Harian
Wed Jun 19 2019
Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
MH17: 'Syukur...5 tahun menunggu akhirnya terjawab'
Noorlin Mohd Noor, 52, berkata tidak kiralah apa juga alasan pihak yang melakukan jenayah itu, mereka perlu menerima hukuman.