Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Bercakap di New York, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.

"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu. Kita harap mereka dapat kenal pasti (serpihan itu) secepat mungkin," kata Tiong Lai.


Serpihan berukuran dua meter panjang dipercayai bahagian sayap ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai.

Sumber Associated Press memaklumkan pakar penyiasat percaya kemungkinan serpihan ditemui itu berasal daripada komponen sayap yang hanya boleh ditemui pada model 777 keluaran Boeing.

Pakar penyiasat Boeing juga telah dilaporkan mengenal pasti serpihan tersebut sebagai sebahagian komponen sayap pesawat.

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan sebentar tadi menyebut bahawa syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.

"Pada ketika ini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi dari mana asal (komponen) flaperon tersebut," kata kenyataan itu.

Serpihan