awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Perancis beri jaminan, komited bantu siasatan - Hishammuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/08/2015
07:51 MYT
MH370: Perancis beri jaminan, komited bantu siasatan - Hishammuddin
Sekumpulan pegawai polis Perancis sedang membawa serpihan 'flaperon' yang dijumpai di Saint Andre, Pulau Reunion berdekatan Madagascar. - Gambar AP/Lucas Marie
Menteri Pertahanan Perancis memberi jaminan untuk terus memberi sokongan kepada Malaysia dalam siasatan berhubung serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berdekatan Madagascar baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Perancis, Jean-Yves Le Drian dan menegaskan serpihan sayap tersebut akan dihantar ke Makmal Teknikal Aeronautik DGA di Balma, timur Toulouse, Perancis.
Dalam perbualan Hishammuddin bersama Jean-Yves pada Jumaat, beliau dimaklumkan Makmal Teknikal Aeronautik DGA adalah dibawah pentadbiran Ketua Pengarah Persenjataan, Kementerian Pertahanan Perancis.
"Kementerian Pertahanan Perancis melakukan tugas ini di bawah arahan Majistret Perancis yang mengetuai siasatan," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya pada Sabtu.
Hishammuddin ketika ditemui di Mersing, Johor berkata, serpihan itu kini berada di bawah pemerhatian kententeraaan Perancis.
"Saya akan berjumpa menterinya pada hujung bulan dan beliau turut menyatakan segala perkembangan akan dimaklumkan kepada saya dan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Kenyataan di sana bukan daripada Menteri Pertahanan tetapi dari wakil-wakil kehakiman mereka yang telah dipertanggungjawabkan," ujar Hishammuddin.
Jelasnya lagi, jika serpihan itu sah milik MH370, segala usaha pencarian di lautan Hindi terbukti benar dan menolak teori konspirasi bahawa pesawat itu hilang di koridor utara Lautan Hindi.
Topic Berkaitan
#Boeing 777
#jacc
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan