awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mi Kolok Haji Salleh 'laku keras', pekerja tidak menang tangan

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2020
14:22 MYT
Mi Kolok Haji Salleh 'laku keras', pekerja tidak menang tangan
Permintaan Mi Kolok dari Restoran Sepinang Sari di Kuching sejak 1995 itu hari ini sungguh luar biasa.
Tidak menang tangan pemilik dan pekerja Mi Kolok Haji Salleh pada Selasa.
Permintaan Mi Kolok dari Restoran Sepinang Sari di Kuching sejak 1995 itu hari ini sungguh luar biasa.
Mana tidak, selepas nama Mi Kolok Haji Salleh dipetik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman Pakej Tambahan Prihatin semalam, aktiviti jualan berbeza dari kebiasaan.
Bagi Pengurus Restoran, Faridah Salleh, dia tidak menyangka dan terkejut apabila nama restoran yang diusahakan ayahnya itu disebut Perdana Menteri di kaca televisyen nasional.
"Saya dapat panggilan telefon pada pukul 4 petang daripada pelanggan restoran kami. Dia memberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin ada sebut Mi Sapi Haji Salleh. Saya pun terkejut dan melahirkan kebimbangan apa salah restoran kami... adakah disebabkan kami beroperasi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan.
"Saya masih lagi bingung, kerana kami tiada hutang dengan kerajaan. Tetapi apabila melihat siaran ulangan saya terkejut dan gembira apabila restoran kami dijadikan contoh," katanya ketika ditemui AWANI Sarawak pagi Selasa.
Tambah Faridah, pekerjanya tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan yang diterima melalui pesanan ringkas WhatsApp dan ada yang datang sendiri untuk dibawa balik.
Namun baginya, sepanjang PKP, pengurusan restoran mesti dikaji semula dan sokongan perlu diberikan kepada pekerja, peniaga dan pembekal lain.
"Yang pertama sekali kita kena berjimat cermat selain mengawal kos pengurusan tetapi jangan terlalu mengawal (kos) dan mencari untung semata-mata.
"Apa yang penting adalah kebajikan pekerja saya dan hutang dengan pembekal. Saya melihat kita perlu menyokong pembekal dan peniaga lain," katanya.
Justeru, bagi peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pakej tambahan yang diumumkan Perdana Menteri itu jelas menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran yang sedang dihadapi peniaga PKS di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kuching
#Mi Kolok
#Mi Kolok Haji Salleh
#Peirntah Kawalan Pergerakan
#PKP
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan