AKHIR-akhir ini, gosip orang awam dan laporan media sosial lebih menumpukan kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Malah, media sosial turut melaporkan kini, hampir semua parti PH dilanda kekalutan.
Rakyat merentasi kaum merasa gelisah dan kecewa malah keliru dengan pentadbiran serta dasar-dasar kerajaan yang diumumkan dari masa ke masa termasuk pengenalan tulisan seni khat di sekolah vernakular atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Tamil (SRJKT) mulai tahun hadapan.
Sebahagian besar warga bukan Melayu keliru dan malah membantah dasar Kementerian Pendidikan yang mengenalkan subjek seni khat di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Mereka salah faham bahawa khat adalah seni bahasa dan berkaitan dengan tulisan Jawi yang melibatkan agama Islam dan Al-Quran.
Dengan itu, mereka bimbang kononnya anak-anak mereka akan dipaksa belajar bahasa Jawi yang akan terdedah dengan agama Islam.
Kebimbangan dan keresahan kaum bukan Melayu terhadap pengenalan khat juga timbul kerana pihak Kementerian Pendidikan kurang memberi penjelasan yang cukup terhadap kandungan atau silibus pengajaran seni khat.
Ia juga dikatakan kerana tidak berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan atau warga bukan Islam terhadap hasrat Kementerian Pendidikan yang akan mengenalkan subjek seni khat itu di sekolah vernakular.
Salah persepsi terhadap dasar pengajaran khat di sekolah vernakular menimbulkan suasana politik yang kecoh dan keliru di kalangan warga bukan Islam terhadap kerajaan PH.
Bantahan Dong Zong
Pertubuhan Dong Zong yang mewakili Pengurusan Sekolah Cina Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan Hindu dan India serta sebahagian besar ahli DAP turut membantah pengenalan khat di sekolah jenis kebangsaan.
Pada masa yang sama, adalah dikesan hampir semua parti gabungan PH dilanda kekalutan politik. PKR, dilanda konflik antara Presiden dan Timbalan Presiden berkaitan isu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjawat jawatan perdana menteri dan tidak menyerahkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
DAP pula yang merupakan sebuah parti yang sama kuat seperti PKR turut mengadapai konflik dalaman.
Penasihatnya, Lim Kit Siang bersama Setiauasaha Agong DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menyokong pengenalan subjek khat di SJKC dan SJKT manakala satu pihak yang lain, termasuk lebih 138 cawangan dan ahli jawatan kuasa serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di peringkat Parlimen membantah pengenalan khat di sekolah vernakular.
DAP Sarawak pula dilapor menentang keras tindakan kerajaan PH mengenalkan subjek khat di sekolah SJKC dan SJKT.
Pada masa yang sama, Bersatu juga dilaporkan mula menghadapi masalah dalaman iaitu sebahagian besar ahli mula tidak yakin terhadap kepimpinan partinya.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mengakui bahawa gelombang ahli-ahli mula keluar parti kerana tidak percaya kepada kepimpinan parti itu.
Di sebalik itu, MIC iaitu sebuah parti yang pernah disifatkan sebagai ‘hidup segan mati tidak mahu’ malah akan jatuh tersungkur selepas kalah teruk dalam PRU ke-14 kini dilihat semakin stabil dan kuat sejak Tan Sri S.Vigneswaran dilantik sebagai presiden pada tahun 2018.
MIC juga sebelum ini tidak terlepas daripada kekalutan termasuk kemelut kepimpinan yang hampir melumpuhkan parti.
Malahan, pada PRU ke-12, hampir 85 peratus pengundi India menolak MIC.
MIC bangkit
Namun, MIC kini dilihat bangkit semula malah perpaduan dalam parti ditafsirkan berada pada tahap yang paling tinggi dalam sejarah.
Vigneswaran dilihat banyak menumpukan perhatian kepada hal-hal menjaga kebajikan ahli-ahli parti sambil membela hak-hak politik mereka.
Perubahan paradigma dalam pendekatan mengurus parti oleh Vigneswaran dikesan mendapat sambutan hebat daripada ahli-ahli yang terdiri daripada hampir empat ratus ribu orang.
Vigneswaran didapati menyuntik semangat baru di kalangan ahli-ahlinya agar parti itu terus relevan kepada masyarakat India.
Antara tindakan Vigneswaran untuk memulihkan semangat ahli-ahli adalah sikap terbuka terhadap harta MIC.
Beliau melantik seorang akauntan bertauliah pada pertama kalinya dalam sejarah MIC sebagai bendahari untuk mengurus harta parti.
Dengan langkah tersebut, semua harta MIC bukan sahaja dapat disatukan di bawah satu pentadbiran pusat, malah menjadi tanggungjawab kepada ahli-ahlinya.
Pada masa yang sama, beliau mendedahkan kepada masyarakat India bahawa MIC bukanlah parti yang bermain politik semata-mata seperti parti lain tetapi juga menumpukan kepada hal-hal pembangunan sosio-ekonomi.
MIC merupakan satu-satunya parti politik yang memiliki Universiti Perubatan (AIMST), Kolej Teknikal (Tafe), Kolej Profesional Vanto Academy malah menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar India yang kurang mampu untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi dan vokasional.
Sehingga kini, Universiti AIMST sendiri telah mengeluarkan lebih lima ribu anak India sebagai warga professional termasuk, 1,761 daripada 50,087 doktor perubatan yang berdaftar pada tahun 2016 selain 538 doktor pergigian dan 721 orang ahli farmasi.
Sementara Kolej Tafe pula telah menyediakan lebih 44 ribu anak India dalam bidang pendidikan kemahiran vokasional dan teknikal.
Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) pula telah menyediakan lebih RM145 juta sebagai pinjaman kepada 11,271 pelajar-pelajar daripada kumpulan B40, iaitu hampir 342 pelajar India yang kurang mampu setahun untuk melanjutkan pelajaran.
MIC sudah lama sebenarnya dilihat bukan sahaja mewakili kaum India dalam politik untuk membela hak-hak legitimasi mereka malah mengambil pelbagai inisiatif progresif untuk membangunkan daya saing dalam usaha meningkatkan martabat sosio-ekonomi mereka dalam negara ini.
Langkah-langkah yang diambil oleh Vigneswaran bukan sahaja membentuk serta menganjak sokongan komuniti India daripada PH kepada sokongan terhadap MIC malah menjadikan parti itu sebagai sebuah parti politik yang kuat dan stabildewasa ini berbanding dengan parti lain.
Dengan itu, tidaklah keterlaluan sekiranya dapat disimpulkan bahawa kestabilan politik dan sokongan kini lebih memihak kepada MIC berbanding parti lain sendiri.
*Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Wed Aug 14 2019
Penulis berpendapat, MIC yang pernah disifatkan sebagai hidup segan mati tidak mahu dan jatuh tersungkur selepas kalah teruk dalam PRU14, kini dilihat semakin stabil dan kuat sejak Vigneswaran (gambar) dilantik presiden pada 2018. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.