awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mimpi ibu tak disangka jadi petanda pemergian Ismail

Bernama
Bernama
18/12/2019
10:04 MYT
Mimpi ibu tak disangka jadi petanda pemergian Ismail
Ismail disahkan meninggal dunia kira-kira 8.33 pagi tadi selepas dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan. -Foto Bernama
Mimpi ibu yang telah uzur tentang kehadiran ramai orang di kediamannya tidak disangka menjadi petanda kepada pemergian Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam, 52, pagi tadi.
Siti Rohiah Salam yang merupakan kakak sulung Allahyarham Ismail berkata ibunya, Fijon Paidar, yang berumur lebih 80 tahun hanya memberitahunya hari ini tentang mimpi yang dialaminya itu selepas mendengar khabar mengejutkan itu.
"Emak beritahu dia bermimpi ramai orang datang ke rumah ini seperti banyak baju dilihatnya dan seterusnya berjalan keluar melalui pintu rumah, petang semalam.
"Arwah juga pernah berpesan sekiranya dia meninggal dunia, beliau meminta untuk dikebumikan di Kuching ini, bersebelahan kubur bapanya," katanya sewaktu ditemui Bernama di kediaman keluarga arwah di Batu 10, Jalan Matang di sini.
Beliau berkata Ismail yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik begitu komited dengan kariernya, namun akan sentiasa cuba meluangkan masa untuk bersama-sama mereka walaupun dalam waktu terhad.
"Kali terakhir kami berjumpa pada awal tahun lepas dan tahun ini pun arwah tidak dapat balik pada Hari Raya Puasa sebab sibuk dengan tugas baharunya (sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia) di Brunei," katanya.
Ismail disahkan meninggal dunia kira-kira 8.33 pagi tadi selepas dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan.
Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.
Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fijon Paidar
#Ismail Salam
#meninggal dunia
#Mimpi
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei
#Siti Rohiah Salam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan