NATIONAL
"Minggu lepas New Zealand berduka, hari ini kita bersatu" - netizen

Tambah menyentuh hati apabila Imam Masjid Al-Noor, Gamal Fouda ketika menyampaikan khutbah Jumaat di ruangan terbuka di Masjid Al-Noor dilihat begitu sebak dan hampir menitiskan air mata.
SEBAIK sahaja laungan azan berkemundang buat pertama kali di seluruh New Zealand disusuli dengan momen bertafakur selama dua minit – rasa sayu menyelubungi masyarakat di seluruh dunia.
Tambah menyentuh hati apabila Imam Masjid al Noor, Gamal Fouda ketika menyampaikan khutbah Jumaat di ruangan terbuka di Masjid Al-Noor dilihat begitu sebak dan hampir menitiskan air mata.
Hari ini genap seminggu insiden serangan pengganas di Masjid Al- Noor dan Lindwood yang menyebabkan kira-kira 50 orang terkorban termasuk seorang rakyat Malaysia.
Bukan mudah untuk masyarakat khususnya keluarga mangsa melupakan insiden berdarah itu.
Buktinya, rata-rata pengguna media sosial hari ini terus menyatakan solidariti terhadap serangan itu.
Selain rasa sedih, mesej kecintaan dan kasih sayang dengan kapsyen Ï Love You NZ”dimuat naik di laman Twitter oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Segelintir daripada pengguna Twitter memberitahu walaupun mereka tidak tinggal di negara Kiwi itu, namun kedukaan dan kesakitan tetap dirasai.
Mereka juga menyifatkan insiden gelap yang menimpa New Zealand telah menyatukan masyarakat di seluruh dunia.
Malah ada daripada mereka turut memuji sikap kepimpinan yang ditunjukkan pemimpin New Zealand khususnya Perdana Menterinya, Jacinda Ardern ketika menangani insiden tersebut dan menenangkan rakyatnya.
Berikut antara respon netizen selepas seminggu insiden tersebut berlalu.
Semoga nilai kemanusiaan dan kasih sayang ini akan terus disebarkan kepada semua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami