Minggu Peduli Al-Quds, inisiatif Malaysia bebaskan Palestin

Minggu Peduli Al-Quds, inisiatif Malaysia bebaskan Palestin
Program Minggu Palestin pada 26 hingga 31 Mei ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuk jualan amal, majlis berbuka puasa dan lain-lain. - Gambar @WalkForAlQuds
PERTEMPURAN di antara Palestin dan Israel seperti tiada noktah.

Pertumpahan darah berlaku setiap hari. Penderitaan warga Palestin selama berdekad-dekad seperti tiada penghujungnya.

Peristiwa Nakbah atau lebih dianggap sebagai peristiwa malapetaka masih segar di kotak fikiran warga Palestin sekalipun detik hitam itu berlaku pada 15 Mei 1948.

Kesengsaraan rakyat Palestin dalam berhadapan kekejaman Israel cukup dekat dengan Malaysia.

Malaysia merupakan antara negara yang tidak berhenti daripada membela nasib Palestin.

Justeru, bersempena 71 tahun peristiwa Nakbah, Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) mengambil inisiatif menganjurkan Minggu Peduli Al-Quds atau dianggap sebagai Minggu Palestin pada 26 hingga 31 Mei ini di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

Minggu Peduli Al-Quds diharapkan menjadi pemangkin untuk penganjur membuka mata rakyat bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh rakyat antarabangsa untuk sama-sama mengenang dan menginsafi penderitaan warga Palestin.

Diadakan bersempena dengan program Minggu Palestin, penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh enam hari itu termasuk jualan amal, majlis berbuka puasa, persembahan artis dan sebagainya.

Selain itu, Khatib Jumaat di Kementerian Waqaf Gaza, Palestin, Dr. Soleh Darwish Al-Kasyif pula bakal mengetuai bacaan tadarus serta mengimamkan solat Tarawih.

Penganjur juga akan mengadakan himpunan kemuncak di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat pada 31 Mei ini.


Tag: Palestine, Gaza, Israel, keganasan, serangan, Zionis, pengganas, Media, Ramadan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM, Sekretariat Palestin Malaysia SPM, Kementerian Waqaf Gaza, Menteri Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.