Sebanyak 10 lebuh raya disenaraikan dalam kedudukan berprestasi baik berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kecederaan parah dilaporkan di situ.
Lebuh raya-lebuh raya tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu jenis sistem tol tertutup dan sistem tol terbuka.
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, langkah menyenaraikan lebuh-lebuh raya tersebut membolehkan pengguna lebih peka terhadap risiko keselamatan masing-masing.
"Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa.
"Bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Khairil Anwar berkata, langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya.
"Memandangkan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari masa ke masa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala," katanya.
Lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik:
1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
4. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
5. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
Lima lebuh raya jenis sistem tol terbuka berprestasi baik:
1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Jambatan Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah (JSAHMS)
4. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
5. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Farhana Joni
Thu Jul 23 2020
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik. - Gambar fail/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
MIROS senarai 10 lebuh raya berprestasi baik
Sebanyak 10 lebuh raya disenaraikan dalam kedudukan berprestasi baik berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kecederaan parah dilaporkan di situ.